,
Hiburan

“Saya Akan Elak Bercinta Dengan Suami Orang” - Arabella

Ernalisa
04/10/2024
07:55 MYT
Pelakon baharu, Arabella Ellen, memberitahu bahawa dirinya akan cuba mengelak daripada terlibat dalam cinta lokasi, terutamanya yang membabitkan ‘suami orang.’
Bagaimanapun, naib juara Dewi Remaja 2023 ini tidak menolak sekiranya diminta membawa watak bersama pelakon lelaki yang sudah berkahwin. BERITA BERKAITAN : UNTUNGNYA!!! Bernadya - Untungnya, Hidup Harus Tetap Berjalan (Versi Akustik) | Gempak Jam Session BERITA BERKAITAN : “Kenapa Pakai B*a Kat Luar?”, Netizen Kecam Busana Aisha Retno! | Lancang Bethol BERITA BERKAITAN : “Rindu Lah Zaman Kecil-Kecil” - Netizen Terkejut Tengok Budi ‘Tentang Bulan’ Dah Ada Anak & Isteri BERITA BERKAITAN : Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscar
“Oh… tidak. Saya sama sekali tidak akan bercinta atau terlibat dalam skandal dengan suami orang. Tidak!”
“Bagi saya, kalau dapat watak dengan suami orang, saya hanya bekerja sahaja. Lepas habis kerja, habislah.

“Ia bukan soal saya baru setahun jagung dan bercakap seolah-olah perkara ini pasti tidak akan berlaku. Bukan begitu maksud saya.

“Namun, memang saya akan elakkan perkara begini. Saya tak nak susah di kemudian hari. Sebab visi saya hanyalah untuk bekerja sahaja,” katanya.

Heroin drama Dari Mata Turun Ke Hati ini juga memberitahu bahawa dia semakin teruja untuk melakonkan watak-watak yang lebih mencabar.
“Saya seronok berlakon. Kalau dahulu saya seorang yang agak sukar bercakap, tapi kini saya semakin berani.

“Banyak perubahan positif dalam diri saya sekarang ini. Kadang-kadang, kalau tiada penggambaran di set, saya sendiri rasa bosan,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon kecil molek ini juga bercadang untuk mengikuti kelas lakonan bagi membantu beliau lebih menghayati watak yang akan diberikan.
“Saya sedar saya masih baru dalam bidang lakonan, jadi saya nak asah lagi kemahiran lakonan saya supaya ia nampak lebih baik daripada sebelumnya.
“Mungkin dalam masa terdekat ini, saya akan cari kelas lakonan yang sesuai dengan masa saya,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar