,
Laman Utama

“Saya Ada Ucap Tahniah Pada Dia” - Erra Fazira Harap Perkahwinan Shahir Kelak Kekal Hingga Ke Jannah

Izwan Isa
24/06/2022
01:50 MYT
Pelakon Erra Fazira mendedahkan yang dia berasa gembira apabila mendapat tahu bahawa lelaki yang sering dikaitkan dengan dirinya sebelum ini, penyanyi Shahir Zawawi bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Erra berkata, dia melihat Shahir sudah pun bersedia untuk bergelar suami dan berharap agar perkahwinan itu nanti merupakan satu ikatan yang akan berkekalan sehingga ke jannah.
“Alhamdulillah, gembira mendengar perkhabaran tersebut. Apabila mendapat tahu yang dia mahu berkahwin, saya terus hantar mesej dan mengucapkan tahniah. Dia pun tak sorok daripada saya.
“Tambahan pula, saya rasa dia dah sangat bersedia untuk bergelar suami. Jadi, saya berharap agar perkahwinan tersebut bakal menjadi perkahwinan pertama dan terakhir buatnya, dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya kepada Gempak.
Ditanya adakah perkhabaran tersebut menutup segala spekulasinya dengan juara Akademi Fantasia 8 itu, Erra berkata, dia dah Shahir sudah lama tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama.
“Sebenarnya, saya dan dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Orang sahaja yang asyik bertanya dan saya sudah terangkan hal yang sebenar sebelum ini.
“Apa yang pasti, saya masih berkawan dan baik dengannya,” katanya lagi.
Ditanya adakah Shahir ada berkongsi mengenai bakal suri hatinya bersama Erra, pelakon filem Maria Mariana itu berkata: “Saya tidak kenal siapakah wanita itu, tetapi dia ada berkongsi. Apa pun, saya gembira untuknya,” tutup Erra.
Untuk rekod, Erra dan Shahir dikatakan pernah menjalinkan hubungan istimewa. Begitupun, hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.