,
Laman Utama

“Satu-Satunya Anak Perempuan Ibu Dan Daddy” - Dekta Banyak Warisi Sifat Allahyarham Siti Sarah

Mya Amri
22/10/2021
04:04 MYT
Satu-satunya anak perempuan peninggalan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Dzahira Talita Zahra, 8, banyak mewarisi sifat ibunya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram arwah Siti Sarah, Shuib menyatakan Talita atau lebih mesra dengan panggilan Dekta banyak membantu menguruskan keluarga.
Walaupun baru berusia lapan tahun, Dekta seolah-olah memahami tanggungjawab sebagai seorang kakak yang dipukulnya.
“Satu-satu anak perempuan ibu dan daddy. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
“Sangat-sangat mengambil berat tentang keluarga. Banyak sifat ibu yang ada pada Talita,” tulisnya.
Sebelum ini juga, Shub pernah berkongsi Talita juga turut membantu menjaga anak bongsunya, Ayash Affan sejak zuriat terakhir arwah Siti Sarah itu dibawa pulang ke rumah selepas sebulan berada dalam pemantauan pihak hospital.
BACA: “Dekta Tidur Satu Pagi, Bergilir Jaga Dengan Daddy” - Shuib Syukur Ayash Tak Banyak Ragam, Perangai Macam Siti Sarah
Shuib kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu selepas tiga hari ditidurkan dan bertarung nyawa melawan COVID-19.
Allahyarham sempat melahirkan zuriat terakhir mereka, Ayash Affan pada 6 Ogos lalu dalam keadaan ditidurkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ajai Dedah Lagu Kesetiaan Bukan Asalnya Milik Arwah Siti Sarah - "Bila Dah Record, Saya Tak Dapat Kepuasan"

gempak
02/08/2024
07:55 MYT
Komposer dan penyanyi Ajai menyifatkan lagu kesetiaan mempunyai 'roh' atau keserasian dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Hiburan

Shuib Menangis Talita Datang Haid Di Usia 11 Tahun - “Anak Perempuan Daddy Dah Jadi Anak Dara”

gempak
22/03/2024
02:55 MYT
Shuin tak dapat menahan rasa sebak.
Hiburan

Watie Hanifiah Diserang Netizen Ketika Buat Live, Anak Shuib Tampil ‘Back Up’ - “Saya Ini Baran Tau!”

gempak
14/02/2024
05:55 MYT
Ha kan Dekta dah marah.
Laman Utama

Teman Talita Belajar Vokal, Watie Dipuji Netizen - “Nampak Watie Ni Ada Hala Tuju Dalam Pembesaran Anak Arwah”

gempak
08/11/2023
09:55 MYT
Nampak kesungguhan Talita belajar