gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Malaysia Tersenarai Top 5 Miliki Populasi ‘Transgender’ Tertinggi
BERITA
Merisaukan! 76 Peratus Rakyat Terengganu Obesiti
HIBURAN
Marc Syahmie Syukur Sudah Bebas Kanser, Kini Aktif Berlakon Semula
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Sarung Dres Mencolok Mata, Bella Astillah Mohon Maaf - "Lepas Ni Saya Takkan Buat Lagi"

gempak
Amri Hassan
25/01/2024
09:53 MYT
Sponsor Banner
Sarung Dres Mencolok Mata, Bella Astillah Mohon Maaf - "Lepas Ni Saya Takkan Buat Lagi"
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memohon maaf susulan tular sepotong video di TikTok memperlihatkan dia mengenakan pakaian seksi sehingga mendedahkan sebahagian pahanya.

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Mohon Maaf Pada Bella Astillah

Bella, 30, mengakui pakaian tersebut kurang sesuai untuk digayakan dan akan berhati-hati pada masa akan datang.
"Saya hanya manusia biasa dan minta maaf kalau ada yang kurang senang dengan baju tersebut.
"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan baju itu hanya untuk reviu sahaja. Saya tidak akan buat lagi," katanya kepada media.

PILIHAN PEMBACA: Ini Respons Aliff Aziz Bila Bella Astillah Berlakon Dengan Hero Muda…

Isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu juga terbuka menerima setiapa kritikan yang diberikan orang ramai mengenai penampilannya.
"Sebenarnya ketika saya pakai baju itu, bukan untuk berlari-lari tetapi selepas melihat hasil akhir,saya rasakan mungkin kurang sesuai.
"Aliff selalu beri nasihat dan semangat mengenai penampilan. Jadi, itu adalah kesilapan diri sendiri dan tak boleh salahkan sesiapa," ujarnya.
Terdahulu, tular video di Tiktok memaparkan Bella memakai dres berwarna hijau sambil menuruni anak tangga sehingga menampakkan bahagian pahanya.
Rentetan daripada itu, pakaian yang dipakai oleh Bella itu menerima kecaman kerana dikatakan mencolok mata.
Topic Berkaitan
#Viral
#Aliff Aziz
#Bella Astillah
#Seksi
#Dress
#Paha
Must-Watch Video