,
Hiburan

Sanggup Redah Banjir & Dayung Sampan Sendiri, Usaha Agong & Permaisuri Buat Rakyat Jelata Terharu

Hanafis Haris
14/01/2021
14:39 MYT

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan menyantuni penduduk di Kampung Ache, Pekan, Pahang yang dilanda banjir.

Laman sosial rasmi Istana Negara melaporkan, keberangkatan Seri Paduka Baginda ke daerah itu diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.

“Menzahirkan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa banjir, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menggunakan sampan untuk meninjau situasi banjir di Kampung Acheh, Pekan, Pahang pada pagi hari ini.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kampung Acheh dan Balairaya Kampung Acheh dan meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tersebut,” kata kenyataan di laman rasmi tersebut.

Menurut laman itu lagi, dalam lawatan tersebut, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana banjir.

“Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan meneruskan lawatan ke beberapa buah kampung di sekitar Pekan, Pahang yang telah dilanda bencana banjir.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Baginda berdua terhadap mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan.

“Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen melahirkan rasa syukur mereka apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong masih tidak henti menyalurkan sumbangan.

Malah, kebanyakan mereka mendoakan supaya Seri Paduka Baginda berdua sentiasa dirahmati Tuhan.

14 Januari, 2021 – Menzahirkan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa banjir, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan...Posted by Istana Negara on Wednesday, January 13, 2021
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.
Berita

Tiga Negeri Ini Berjaya Catat Calon Paling Ramai Raih Keputusan STPM Cemerlang

gempak
24/07/2024
04:55 MYT
Negeri Johor, Sabah dan Pahang mencatatkan jumlah calon paling ramai memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.
Viral

Didakwa Tiru Logo Elephant Army, Kieda Crepe Akui Kesilapan, Pulangkan Semula Duit Pembeli - “Aku Tak Pernah Berniaga Curi..”

gempak
23/07/2024
08:55 MYT
Pempengaruh Kieda Crepe tampil bersuara selepas kecoh isu plagiat rekaan logo kelab Ultras Pahang yang membabitkan perniagaan baju merchandisenya.
Viral

"Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

gempak
21/07/2024
01:50 MYT
Abang kepada mangsa bunuh Nur Farah Kartini, Mohd Farizza Azmi Abdullah tampil mengemaskini perkembangan terbaharunya menziarah pusara adiknya di Tanah Perkuburan Kampung Nyuir Manis, Pekan, Pahang pada Sabtu.
Berita

#AgongKita: Seorang Penulis & Bergiat Aktif Dalam Kebajikan… Ini Biodata Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

gempak
20/07/2024
08:25 MYT
Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).