,
Laman Utama

Samsons Menguntai Nostalgia, Konsert 20 Tahun Meriah Biar Baru Seminggu Berhari Raya!

Amri Hassan
30/04/2023
12:35 MYT
"Ini adalah sebuah perayaan, perayaan 20 tahun Samsons bersama peminat di Malaysia. Kami mahu ajak semua bernostalgia dengan lagu-lagu kami," demikian pentas konsert Samsons 20th Anniversary anjuran Ultimate Film dibuka seawal pukul 8.40 malam di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu.
Adrian Martadinata yang kini meneraju vokal Samsons tampil santai, mengenakan celana kargo berona tanah dipadankan dengan kemeja-t rasmi Samsons selesa menyapa audiens.
'Perayaan' 20 tahun peminat Samsons di Malaysia itu diraikan penuh teruja. Pentas dibuka dengan lagu hits Kisah Tak Sempurna, Akhir Rasa Ini dan Kehadiranmu. Bernyanyi sama, itulah yang mengasyikkan tentang lagu-lagu yang Samsons yang berkait rapat dengan kisah hidup peminat-peminat mereka.
Kadang-kala gitarisnya, Irfan Aulia menyapa audiens. Bercanda, melepaskan rasa tegang dalam lirik-lirik galau Samsons.
"Menjadi kehormatan buat Samsons untuk dihadiri teman-teman dari Malaysia. Ini kali pertama Samsons kembali dengan formasi baharu bersama Adrian.
"Kami masih tak percaya masih boleh berkarya hingga kini. Tak percaya masih mampu sampai di sini bersama kalian dan terharu pendengar setianya masih ada. Terima kasih," utus Irfan.
Untaian lagu-lagu Samsons diteruskan dengan dua lagu baharu yang dicipta bersama Adrian; Rayu dan Rasa Yang Salah. Kemudian disusuli dengan lagu yang pernah dicipta oleh Adrian buat penyanyi bervokal mantap, Anuar Zain berjudul Ajari Aku.
Kali ini bezanya dibawakan bersama band dalam versi Samsons yang lebih rancak, namun masih menyampaikan makna yang sama tentang lagu itu.
@thisisyeoy Rupa-rupanya lagu Ajari Aku @ANUAR ZAIN ni dicipta #adrianmartadinata yang sekarang ni vokalis band #Samsons #concert #livemusic ♬ original sound - Khairul Amri Hassan
Pentas ditutup samar-samar oleh tirai lutcahaya gelap untuk segmen medley Perbedaan, Di Ujung Jalan, Lulu, Tuhan Tak Pernah Salah, Masih Mencintainya dan Tak Bisa Memiliki.
Kesemua lagu yang membawa peminat Samsons larut dalam emosi.
Samsons yang turut ditunjangi oleh Aldri Dataviadi dan Erik Partogi Siagian️ memanaskan suhu pentas menerusi lagu Electrify My Soul bersama disco ball! Seisi dewan kembali teriak!
Namun, Adrian tak membiarkan peminat Samsons terkontang-kanting di bawah. Turun menyapa sambil menyanyikan lagu berhantu Bukan Diriku barangkali menjadi ultimate persembahan Samsons di Kuala Lumpur kali ini.
Peminat bernyanyi sama, sambil telefon pintar masing-masing bernyala, merakamkan momen-momen emas bersama Adrian di tengah-tengah Zepp Kuala Lumpur.
Vokal Adrian seolah-olah berjampi lunak, konsisten menuju ke akhir penutup pentas disulami lagu-lagu hits Seandainya, Di Penghujung Muda, Hey Gadis dan Naluri Lelaki.
Peminat 'menggila' disantau magis lagu Kenangan Terindah. Ada yang ke hadapan pentas mendekati band Indonesia yang sudah memasuki usia dua dekad itu.
Dengan Nafasmu menutup tirai Konsert Samsons 20th Anniversary di ibu kota Kuala Lumpur. Seminggu meraikan lebaran, bersenandung bersama untaian lagu-lagu nostalgia indah Samsons menjadi antara momen terindah tahun ini! Terima kasih Samsons!
Kredit foto: Affiean Ramlee, @fadhlizakria
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.