,
Laman Utama

Samseng Jalan Raya Elak Bayar Tol, Punca Kemalangan! Netizen Berang - "Dia Yang Langgar, Dia Pula Cari Gaduh"

Gempak
03/12/2023
02:00 MYT
Satu rakaman dashcam kereta seorang individu baru-baru ini tular selepas menyaksikan tindakan pemandu bersikap agresif di lebuh raya.
Menerusi video yang dimuat naik di Platform X, mangsa dalam kejadian tersebut memaklumkan tindakan melulu pemandu itu disebabkan daripada percubaannya untuk mengelak daripada membayar tol.
“Hati-hati dengan pembuli jalan raya yang dah langgar kereta keluarga saya dengan bayi di dalam hanya kerana mengelak daripada bayar tol,” tulis mangsa.

BERITA TRENDING: “Tiba-Tiba Mangsa Melompat Dan Baring Di Landasan” - Lelaki Digilis LRT Bukan Terjatuh

Turut dapat dilihat pemandu Perodua Myvi berwarna putih tersebut bertindak menghimpit kereta mangsa sehingga menyebabkan pelanggaran kecil sebaik sahaja bayaran tol dilakukan.
Menjengah ke ruangan balas ciapan, tindakan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu membangkitkan kemarahan pengguna-pengguna media sosial di mana ramai yang memaki hamun serta meminta mangsa supaya melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa. “Elok mamp*s je orang macam ni. Dia yang langgar orang, dia yang elak tol tapi dia pulak nak cari gaduh,”
“Esok pergi buka report. Bukti semua ada ni. Report pagi, tengah hari kena lokap,”
“Lah b*bi, dia yang lari, dia yang langgar, dia pula nak cari gaduh,”
Setakat artikel ini ditulis, video viral itu berjaya meraih 76,000 tontonan dan lebih 400 repost di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.