,
Laman Utama

“Sampai Tumbuh Bulu Bawah Itu Pun Nak Naik Court Turun Court Ke…” - Chef Wan Luah Perasaan Isu Rayuan Mahkamah Serina Terhadap Hak Jagaan Anak-Anaknya

Izwan Isa
30/11/2021
05:55 MYT
Cef selebriti popular, Chef Wan meluahkan perasaan berkenaan isu hak penjagaan cucu-cucunya, iaitu Tristan Tareef, 11 dan Isabella Saffiya, 10.
Chef Wan menerusi hantaran di Instagram berkata, dia dan keluarga akan menanti keputusan mahkamah sama ada hak jagaan kedua cucunya itu diberi kepada anaknya, Serina atau bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh.
“Anak saya, Serina ada di sini dan kami menghabiskan masa bersama. Sungguhpun mahkamah memutuskan untuk memisahkan anak-anaknya untuk mendapat hak jagaan masing-masing, perempuan untuk Serina dan lelaki kepada bapanya, saya nasihatkan anak saya supaya tidak pisahkan mereka adik-beradik.
“Kami akan tunggu untuk rayuan kelak sama ada akan dapat hak penjagaan penuh untuk mereka berdua (sebab kedua belah pihak mahukan hak yang sama). Jadi kita tengok keputusan mahkamah.
“Jika nanti ada yang menang dan kalah terhadap rayuan, nasib lah. Terimalah aja keputusan mahkamah. Saya dah penat dengan kes mahkamah mereka. Sampai tumbuh bulu bawah itu pun nak naik court turun court ke lagi. Mereka akan menginjak usia 11 dan 12 tidak lama lagi. Jika back the same pun saya nasihatkan anak saya drop it. Don’t ever separate them,” tulis Chef Wan.
BACA: Mahkamah Tolak Permohonan Serina Redzuawan Fail Rayuan Balas Hak Penjagaan Anak Lelaki
Dalam pada itu, Chef Wan turut menasihati Serina supaya berdamai dengan bekas suami memandangkan masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri.
“Berikan saya sedikit ketenangan pada penghujung perjalanan saya. Saya dah buat yang cukup untuk realisasikan perkahwinan impian mereka. Berkorban untuk anak-anak mereka dan melalui pelbagai hal kerana mempertahankan kebenaran dan hak masing-masing.
“I need to also move on with my life. Mereka dah bagi saya cukup malu dalam hidup dengan kegagalan perkahwinan dan kahwin tangkap basah bapak tu dan emaknya kahwin di Siam. Cukup-cukuplaj memalukan saya dan menyusahkan image saya di negara ini.
“Orang hanya tahu menghakimi dan salahkan saya sebagai seorang ayah, padahal saya telah buat yang terbaik dan berbelanja hampir sejuta ringgit kerana mereka berdua. Madu yang diberi, tuba yang saya dapat balik,” kongsinya.
Begitupun, Chef Wan sedar bahawa Allah SWT Maha Kaya dan Maha Mendengar isi hatinya untuk bekas menantu dan anak-anaknya sendiri.
“Saya nasihat Serina, dah jumpa jodoh masing-masing, pandai-pandailah bawa diri. Hidup saya tak panjang. Saya dah kerja seumur hidup hanya untuk berkorban untuk ramai orang. Tolong jangan buat hati saya menangis lagi.
“I need to move on. Enough is enough,” akhirinya.
Terdahulu, Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan Isabella kepada Serina manakala anak sulung, Tristan kepada Gavin.
Serina menikahi Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.
Rumah tangga pasangan itu hanya bertahan selama tujuh tahun apabila mereka bercerai pada 1 Ogos 2017 di Mahkamah Syariah Petaling Jaya dengan talak satu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar