,
Laman Utama

Sampai Tertetas & Hilang Butir Kristal? Kim K Didakwa Rosakkan Gaun Marilyn Monroe... Ini Komen Muzium

Amri Hassan
19/06/2022
07:43 MYT
Muzium Ripley's Believe It Or Not! menyangkal khabar angin yang mendakwa selebriti popular Kim Kardashian telah merosakkan gaun Marilyn Monroe.
Wakil muzium terbabit, Amanda Joiner menjelaskan bintang realiti televisyen itu telah mengembalikan gaun bernilai RM21 juta itu dalam keadaan baik seperti sebelum dipinjam.
"Dari hujung kaki sampai ke atas ketika dikembalikan gaun itu masih dalam keadaan sama seperti awal dipinjam," kata Amanda memetik laporan Pagesix.
Amanda yang mengirimkan gaun itu dari Florida ke New York, lokasi Met Gala 2022 menegaskan Kim K tidak membayar kepada Ripley's untuk memakai gaun itu namun memberikan sejumlah derma untuk dana atas nama muzium tersebut.
"Bukan keputusan mudah untuk Ripley's meminjamkan gaun ini namun Kim K terus menunjukkan rasa hormat dan penghargaan untuk gaun bersejarah ini," ujarnya.
Peraturan untuk meminjam gaun Marilyn Monroe sangat ketat! Kim K dilarang memakai sebarang solekan pada tubuh badannya seperti body shimmer atau foundation.
Selain itu dia hanya boleh memakai gaun itu dalam tempoh sekejap sahaja untuk keperluan foto di karpet merah.
Manakala, di dalam dewan makan, Kim K perlu menggantikan gaun asal itu kepada gaun replika.
Terdahulu, kecoh apabila Kim K dituduh telah merosakkan gaun yang pernah dipakai Marilyn Monroe ketika ulangtahun Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy.
Akaun Instagram Pop Culture telah berkongsi foto yang membandingkan gaun itu sebelum dan selepas dipakai Kim K.
Pada foto berkenaan terdapat kain yang kelihatan tertarik dan tertetas di bahagian belakang zip dan beberapa butir kristal telah hilang.
Hal itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang sebahagian besarnya menyalahkan Kim K!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.