gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
“Kalau Nak Pergi, Silakan…” - Nur Shahida Anggap Buang Masa Bergaduh Dengan Suami Hanya Sebab ‘Penyondol’
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Sampai Terlopong Nicole Kidman! Ini Reaksi Bintang Hollywood Bila Will Smith Tampar Chris Rock, Epik Teruk!

gempak
Hanafis Haris
28/03/2022
10:00 MYT
Sponsor Banner
Sampai Terlopong Nicole Kidman! Ini Reaksi Bintang Hollywood Bila Will Smith Tampar Chris Rock, Epik Teruk!

Kecoh dunia hiburan hari ini apabila pelakon Hollywood, Will Smith bertindak agresif menampar muka pelawak Chris Rock secara spontan ketika siaran langsung Oscars 2022.

Momen spontan itu menyaksikan Rock tiba-tiba berseloroh tentang imej isteri Smith, Jada Pinkett yang tiada rambut.
"Jada, saya sayangkan kamu. Tak sabar tunggu G.I. Jane 2," kata Rock.
Will bagaimanapun tiba-tiba bangun dari tempat duduknya untuk ke pentas dan menampar muka Rock.
"Jangan babitkan nama isteri saya!" jerit Smith dari tempat duduknya.
Susulan itu, nama Will Smith terus trending segenap platform media sosial khususnya Twitter.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah reaksi beberapa bintang yang turut hadir dalam majlis berprestij itu.
Ada yang menunjukkan reaksi jujur, namun tidak kurang juga yang menahan perasaan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Antara yang trending di Twitter termasuklah Nicole Kidman, Lupita Nyong'o dan juga The Rock atau Dwayne Johnson.
Anda boleh lihat beberapa momen di sini.
Untuk rekod, Smith memenangi trofi Pelakon Terbaik menerusi filem King Richard. Filem sama turut tercalon dalam kategori Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Suntingan Terbaik dan Lagu Asal Terbaik.
Apapun jika terlepas menyaksikan momen menarik Oscars 2022, anda juga boleh menikmati siaran ulangan pada hari yang sama pada jam 7.30 malam untuk sesi karpet merah dan pada 9 malam untuk anugerah melalui SHOWCASE MOVIES (Saluran 413) atau strim di Astro GO.
​
Topic Berkaitan
#Will Smith
#Oscars 2022
#Chris Rock
Must-Watch Video