HIBURAN
"Sampai Sakit Urat Nak Buat Slow-Mo" - Shiha Zikir, Kakak Berpenat Lelah Demi Muzik Video Tum Tum Raya
Bahang sambutan Aidilfitri semakin dirasai apabila lagu-lagu raya terbaharu sudah mula dilancarkan sejak awal Ramadan lagi.
Tidak ketinggalan, penyanyi Shiha Zikir bersama kakaknya Ieda Zikir juga bakal melancarkan sebuah lagu raya berjudul Tum Tum Raya tidak lama lagi.
BERITA TRENDING: "Baju Kahwin Dah Siap Tiga Tahun Lepas" - Shiha, Arul Usaha Kahwin Tahun Ini, Enggan Tabur Janji Manis Kepada Peminat
BERITA TRENDING: "Dia Penyanyi Berbakat, Saya Suka Suaranya" - Shiha Zikir
Menerusi sebuah posting di Instagram, Shiha berkongsi kompilasi video pembikinan video muzik lagu raya berkenaan dan menurutnya, ia merupakan satu proses yang mencabar."Lagu raya saya tahun ini memang lain berbanding yang pernah saya keluarkan sebelum ini. Penat dan mencabar juga sewaktu proses shooting sebab hampir keseluruhan lagu perlu dirakam dalam bentuk slow-motion.
"Sebabnya kali ini saya mahu hasilnya dalam keadaan fast movement. Sakit urat badan sebab pergerakan menari perlu tepat dengan tempo dan lip sync pun kena tepat," tulisnya pada ruangan kapsyen.
Shiha, 38, menambah, pihaknya juga perlu menyewa studio selama tiga hari untuk proses keseluruhan.
"Bukan itu saja, saya juga perlu sewa studio selama tiga hari. Hari pertama masuk untuk mengecat, hari kedua mula penggambaran (8 pagi hingga 6 pagi keesokannya sebab banyak set dan look).
"Seterusnya hari ketiga perlu mengecat ke warna asal semula iaitu putih.
"Alhamdulillah, pengalaman baru yang sangat best bersama semua team yang terlibat," kongsinya lagi.
BERITA TRENDING: Bukan Propa! Rupanya Shiha Zikir Memang Menyanyi Sambil Terapung, Siap Hire Magician - “Pening Kepala Dan Tahan Muntah…”
Difahahamkan, lagu Tum Tum Raya bakal dilancarkan dalam tempoh tiga hari lagi.Shiha dan Ieda juga sedang aktif berkongsi teaser dan mempromosikan lagu tersebut di akaun media sosial masing-masing. Sama-sama kita nantikan!
Must-Watch Video