gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lancar Kotak Warisan Che Ani Premium, Netizen Kritik Macam Tiru Aliff Syukri - "Kenapa Dengki?"
HIBURAN
“Saya Tiada Darah Melayu, Tapi Fasih Cakap Kelantan” – Ameera Khan
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Syafinaz 'Love' Chemistry Bintang Alpha, Puji Persembahan Berkumpulan - “Mereka Sudah Boleh Dilihat Sebagai…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024

Sambutan Luar Biasa & Persaingan Sengit! GMWA2024 Memang ‘Havoc’ - “Alhamdulillah Tahun Ini Banyak…”

gempak
Asyikin Mayudin
23/02/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Sambutan Luar Biasa & Persaingan Sengit! GMWA2024 Memang ‘Havoc’ - “Alhamdulillah Tahun Ini Banyak…”
Anugerah Gempak Most Wanted 2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam akhirnya melabuhkan tirai pada Ahad.

Sambutan luar biasa

Meluahkan rasa syukur, Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakaria berkata musim kali ini mendapat sambutan yang luar biasa dengan persaingan sengit antara calon-calon top 5 setiap kategori.
“Alhamdulillah tahun ini banyak peningkatan dari tahun lalu. Tahun ini kita mendapat lebih 53 juta. Manakala Anna mendapat 9 peratus daripada undian tersebut.

“Untuk tahun ini, jumlah undian kita naik sebanyak daripada 6 juta ke lebih 53 juta. Kita boleh lihat sambutan tahun ini, sangat meriah dengan dewan penuh.

“Calon-calon kita pun yang sudah dikenali dan persaingan pun sangat sengit. Saya rasa untuk tahun ketiga, kesedaran terhadap GMWA ini sangat besar.
“Peminat jadi tak sabar nak mengundi top 5 dan kita juga sangat terkejut dengan sambutan yang sangat hebat ini,” katanya ketika di sidang media GMWA2024.
Bertemakan ‘Flex Your Art’, pelakon Anna Jobling sekali lagi mengulangi sejarah apabila dia dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA2024: Level Up! Anna Jobling Raih 4.9 Juta Undian, 2 Tahun Berturut Dinobat Gempak Most Wanted 2024

ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA24: Kalahkan Meerqeen & Amir Ahnaf, ‘Selebriti Tergempak 2024’ Milik Anna Jobling

ARTIKEL BERKAITAN: #GWMA24: Gandingan Amir Ahnaf & Anna Jobling Masih Hangat, ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ Dinobat Drama Tergempak

Anna turut memenangi anugerah Selebriti Tergempak 2024 dan gandingannya bersama aktor Amir Ahnaf dalam karya ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ juga dinobatkan sebagai Drama Tergempak 2024.
Digital Creator (Entertainment) Tergempak milik Ryan Bakery dan Safea Shra pula memenangi Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak.
Manakala Khairul Aming pula dinobatkan sebagai Digital Creator (Foodie) Tergempak dan gelaran Digital Creator (Education & Motivation) Tergempak milik Fathi Hussein.
Untuk Program Digital Tergempak menjadi milik Strek Production dan Digital Creator (Lifestyle) Tergempak menjadi milik Amin & Amid.
Penerima anugerah khas Wira WONDA Keluang Man Of The Year dimenangi oleh Abbe Hae.
Pok Ro pula memenangi Digital Creator (E-Sport) Tergempak, manakala Video Muzik Tergempak milik Insomniacks dan Nabila Taqiyyah menerusi lagu ‘Belum Mulai.
Pemenang Lagu/Audio Tergempak adalah Aina Abdul dan Fabio Asher menerusi lagu ‘Cinta Tak Pernah Tepat Waktu’.
Topic Berkaitan
#GMWA
#GMWA2024
#Gempak Most Wanted 2024
Must-Watch Video