HIBURAN
"Ramai Bakat Kita Ke Luar Negara Untuk Dikenali, Saya Mahu Ubah..." - Aaron Aziz
Pelakon popular tanah air, Datuk Aaron Aziz, melangkah keluar dari dunia lakonan untuk membawa perubahan dalam arena seni bela diri tempatan.
Melalui pelancaran ULA SUPER 8 MMA CHAMPIONSHIP 2025, Aaron bukan sahaja mahu menganjurkan kejohanan, tetapi juga membuka pintu harapan kepada mereka yang memerlukan peluang kedua.
Dengan minat mendalam terhadap seni mempertahankan diri dan komitmen terhadap pembangunan komuniti, Aaron memperkenalkan platform yang menggabungkan aksi bertaraf dunia dengan misi sosial yang besar.
Kejohanan ini akan bermula pada 3 Ogos 2025 di Shah Alam dan bakal menghimpunkan lapan atlet MMA terbaik dari Malaysia, selain peserta dari Dagestan, Afghanistan, UK, Brunei dan Thailand.
Bagi Aaron, kejohanan ini bukan sekadar pertarungan di gelanggang, tetapi perjuangan untuk mengangkat martabat atlet tempatan, memerangi budaya buli, menyokong kesihatan mental dan membuka peluang kerjaya baharu termasuk dalam industri hiburan.
“Ramai bakat kita terpaksa ke luar negara untuk dikenali. Saya mahu ubah perkara itu dengan membawa dunia datang ke sini. Selain bertarung, saya mahu mereka dilihat sebagai pelakon aksi dan individu berbakat,” ujarnya.

.jpg)
Aaron turut menegaskan sokongan kepada golongan yang mahu berubah, termasuk bekas banduan dan belia yang pernah tersasar, yang kini menjadikan seni tempur sebagai jalan membina masa depan.
Format kejohanan meliputi tiga pusingan – suku akhir pada Ogos, separuh akhir pada September, dan final pada Oktober 2025.
Setiap acara akan menampilkan perlawanan utama bersama 5 pertarungan MMA, 5 perlawanan tinju amatur, dan 8 pertarungan Muay Thai, memberi ruang kepada bakat baharu dan profesional tempatan menyerlah.
Juara keseluruhan akan menerima RM20,000, tali pinggang eksklusif, dan pelantikan sebagai duta rasmi kejohanan.
Naib juara dan finalis turut membawa pulang hadiah tunai. Penaja rasmi motosikal elektrik, GGR, akan menghadiahkan sebuah motosikal kepada pemenang terbaik, manakala satu lagi unit akan diberikan kepada penonton bertuah melalui cabutan. Pemenang perlawanan undercard pula menerima RM200 setiap seorang.
Kejohanan ini juga menjadi platform kempen sosial Bully Proof hasil kerjasama United Lair of Arts (ULA) dan Persatuan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (MIASA). Dengan slogan “Silence Is Not Weakness. We Hear Your Silence”, kempen ini membawa mesej penting berkaitan kesedaran buli dan kesihatan mental, khususnya untuk belia.
.jpg)
Life Telco sebagai rakan digital rasmi akan menstrim rakaman penuh perlawanan, vlog belakang tabir dan kandungan media sosial di YouTube, TikTok, serta Instagram, bagi membolehkan lebih ramai mengikuti perjalanan para peserta.
Bagi Aaron, ULA SUPER 8 MMA CHAMPIONSHIP 2025 adalah gerakan untuk membina masa depan.
“Ini bukan tentang menang semata-mata. Ia tentang memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk membuktikan bahawa kekuatan boleh digunakan untuk kebaikan sama ada mereka menjadi juara, pelakon aksi, atau mentor,” katanya.
Must-Watch Video