,
Laman Utama

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Athisha Khan Hadiahkan Bulan Madu Di Villa Mewah Untuk Noor Kartini

Azwa Rahman
23/05/2022
08:32 MYT
Bersempena menyambut ulang tahun perkahwinan, Ibu kepada selebriti Neelofa, Datin Noor Kartini berbulan madu bersama suami tercinta, Datuk Abdul Halim Khan.
Menerusi laman sosial Instagram, Kartini atau nama sebenarnya Noor Kartini Noor Mohamed berkongsi momen bulan madu tersebut untuk tatapan umum.
Istimewanya lagi, hadiah bulan madu bersempena ulang tahun perkahwinan itu merupakan hadiah daripada salah seorang anaknya, Athisha Khan.
“Hadiah Honeymoon daripada @athishakhan,” tulis Kartini ringkas di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, bulan madu di sebuah villa mewah di negeri Johor itu turut disertai oleh anak-anaknya.
Pada masa yang sama, Kartini turut berkongsi rakaman ‘room tour’ dan kawasan sekitar villa mereka.
“Thank you Sha. Moga Allah gandakan rezeki Sha dengan rezeki yang tidak disangka-sangka, yang luar biasa, yang hebat dan barokah, amin,” luah Kartini menghargai hadiah daripada anaknya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan selamat berbulan madu buat Kartini dan Halim Khan serta mendoakan agar perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Kartini mendedahkan detik perkenalan bersama suami selama tiga hari sebelum diajak untuk berkahwin walaupun pada waktu itu dia bergelar ibu tunggal beranak lima.
Sekadar info, 9 orang anak Kartini ialah Noor Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Neelofa, Noor Nellisa, Nur Athira, Mohamed Aqief, Nur Athisha, Nur Ameera dan Mohamed Faliq.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Taja Baju Pengantin 20 Pasangan Asnaf & Mualaf, Kini Bulan Bintang Nak Belanja Pasangan Honeymoon Percuma Di Bali!

gempak
10/06/2024
19:54 MYT
Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi Azmi atau mesra disapa Meri, jenama itu gembira dapat menjadi sebahagian daripada detik penting 20 pasangan yang mendirikan mahligai bahagia
Laman Utama

Ditanya Tentang Zuriat, Ini Jawapan Watie - “Saya Ambil Keputusan Untuk Jaga Anak-Anak Yang Ada Dulu”

gempak
26/06/2023
07:50 MYT
Pasangan pengantin baru, Shuib dan Watie Hanifiah mengambil keputusan untuk berbulan madu di Turki bersama anak-anak.
Laman Utama

#GMWA2022: “Teruja Sebab Tak Pernah Buat” - Athisha Khan Terkejut Ditawar Jadi Penyampai, Suka Cuba Benda Baharu

gempak
01/03/2023
03:50 MYT
Love Athisha.
Laman Utama

[VIDEO] Netizen Teruja Fazura Bertegur-Sapa Dengan Athisha Khan! - "Cantik Dua-Dua, Tetiba Sebak!"

gempak
10/11/2022
02:00 MYT
Fazura jumpa Atisha Khan
Laman Utama

Selamat Menikah, Via Vallen Mahu 7 Anak & Bulan Madu Tengok Ronaldo Di MU

gempak
15/07/2022
15:24 MYT
Tahniah Via Vallen!