,
Laman Utama

Sambut Ulang Tahun Ke-30, Suga BTS Derma RM300,000 Pada Mangsa Gempa Bumi Turkiye & Syria

Maliah Surip
10/03/2023
13:49 MYT
Salah seorang anggota BTS, Suga menyambut ulang tahun ke-30nya pada 9 Mac 2023.
Demi meraikan pertambahan usia, Suga memilih untuk berbuat kebaikan dan berbakti.
Suga dilaporkan telah menderma sebanyak sekitar RM348 ribu kepada manga bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Sikap dermawannya itu didedahkan oleh pertubuhan Save the Children dengan mengatakan: “Suga telah menderma sebanyak RM348 ribu untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.”
Suga pula menerusi AllKPop dipetik mengucapkan takziah buat semua mangsa dan berharap bantuan yang diberikan dapat membantu mangsa gempa bumi terutama kanak-kanak.
“Ada banyak kanak-kanak dan keluarga yang terkesan dengan bencana yang melanda. Saya mengucapkan takziah untuk semua mangsa terkorban dan yang terselamat.
“Saya harap bantuan tidak seberapa yang diberikan ini mampu memberi harapan kepada kanak-kanak dan digunakan dengan baik untuk membantu mereka,” katanya.
Difahamkan pertubuhan Save the Children akan menggunakan wang yang didermakan untuk membeli keperluan sekolah, tilam dan barangan asas lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.