Laman Utama
Sambut Hari Jadi, Shukri Yahaya Buat Dedikasi Khas Untuk Sharnaaz Ahmad - “Hang Banyak Ubah Aku..”
Pelakon Shukri Yahaya mencuri tumpuan ramai apabila menulis catatan indah buat Sharnaaz Ahmad bersempena ulang tahun kelahiran aktor tersebut yang disambut pada hari ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Shukri mendedahkan dia menjadi rapat dengan Sharnaaz sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan sekitar dua tahun lalu.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri 7 Hari Mencintaiku itu turut memuat naik foto-foto bersama Sharnaaz untuk tatapan umum.
“Sharnaaz mat, aku kenal hang lama dah masa zaman-zaman hang jadi hero-hero Akasia lagi tapi masa tu hang poyo nokharom.
“Dari zaman kayuh basikal dan PKP lagi rapatkan kita lebih dari seorang sahabat, aku respect hang macam abang aku sendiri mat.
“Happy birthday big brother. Aku doakan kebahagiaan dunia akhirat untuk hang amin,” tulis Shukri di ruangan komen.
Sementara itu, di ruangan komen, dedikasi khas itu mengharukan Sharnaaz yang memberikan ucapan penghargaan buat Shukri.
“Thank you my brother. Love you more. Hang banyak ubah aku tanpa hang sedar. Thank you sahabat,” tulis Sharnaaz.
Di samping itu, ramai wargamaya turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat pelakon filem Jebat itu.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 32,000 tanda suka daripada pengikut Shukri.
Must-Watch Video