,
Laman Utama

Sambil Perut Diusap, Elizad Dapat Doa Zuriat Daripada Raja Permaisuri Agong – “Terharu…”

Syafiqah Jalal
10/07/2023
05:39 MYT
Pelakon dan pengacara, Siti Elizad terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendoakannya supaya dia diberi rezeki menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Lebih terharu lagi, Elizad atau nama lengkapnya Siti ELizad Mohd Shariffudin, 39, yang juga penyampai radio Pagi Di Sinar itu memberitahu Tuanku Azizah sempat mengusap perutnya sambil berdoa.
“Tunku Permaisuri : Elizad , saya baru balik dari Haji ni ( sambil usap perut kita ) . Insya-Allah ada rezekinya nanti ikhtiar lagi .
“Saya berasa gembira , terharu , happy semua ada.
“Terima Kasih Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa indah dari Tuanku yang tak henti-henti dari dulu lagi,” ujarnya.
Elizad berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Dalam masa yang sama berkongsi momen foto ketika berjumpa dengan Tuanku Azizah itu di satu majlis di luar Istana.
Hantaran berkenaan juga mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut mendoakannya supaya segera dikurniakan zuriat.
“Insya-Allah akan ada rezeki nanti. Amin,” komen seorang pengikut laman sosialnya.
“Saya pregnant 7 bulan, saya doakan akak dan wanita lain yang sedang mencuba dikurniakan zuriat soon!,” doa seorang netizen.
“Abg saya 8 tahun tak ada anak. Minggu ni dia bagitahu isterinya dah mengandung 6 bulan!! Ktorang satu keluarga happy sangat,” kongsi seorang warga maya.
Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. Selama lapan tahun menanti mencuba untuk hamil, Elizad sudah dua kali melakukan prosedur rawatan kesuburan In vitro fertilisation IVF
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fail Cerai Terhadap Fattah Amin, Fazura Nampak Tenang... Rakan Artis Titip Kata-Kata Semangat Dan Doa

gempak
13/09/2024
07:55 MYT
Berita aktres dan usahawan popular, Nur Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon Fattah Amin pada Jumaat mendapat perhatian rakan-rakan selebriti.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Hiburan

Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”

gempak
10/09/2024
04:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Nureffy Jesreel mencuri perhatian warganet di media sosial.
Viral

"Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah

gempak
03/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial Islamik, Aisyah Hijanah berkongsi doa berkaitan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Berita

#AgongKita: Seorang Penulis & Bergiat Aktif Dalam Kebajikan… Ini Biodata Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

gempak
20/07/2024
08:25 MYT
Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).