,
Laman Utama

“Saman Macam Rakyat Malaysia Kena RM10,000”- ‘Minah Saleh’ Bertekak Nak Masuk Butik Tak Pakai Mask, Netizen Mohon PDRM…

Hanafis Haris
27/10/2021
23:55 MYT

Kecoh di media sosial apabila ada seorang wanita bukan warganegara bertekak dengan dua pekerja sebuah butik mewah di KLCC.

Video yang dimuat naik oleh seorang individu di Twitter itu mencetuskan kemarahan netizen apabila wanita itu nekad memasuki butik biarpun tidak memakai pelitup muka.

Bukan saja itu, malah wanita berkenaan dikatakan menuduh mereka yang memakai pelitup muka adalah komunis.

Malah, wanita tersebut juga mendakwa dua pekerja butik yang menahannya itu tidak mempunyai hak dan Malaysia merupakan sebuah negara bebas.

“Its free Country, you do not own the shop,” katanya.

Pun begitu, biarpun ‘ditarbiah’ beberapa kali oleh wanita tersebut, dua pekerja butik itu masih tegas untuk tidak membenarkan individu berkenaan masuk.

Susulan itu, ramai yang memuji tindakan pekerja terbabit hingga ada yang meminta pihak pengurusan menaikkan gaji mereka.

“Well done, Dior KLCC patut naikkan gaji dua pekerja mereka”.

“Aku tabik betul pekerja dia, hati kau memang kental roy”.

“Bagus pekerja Dior tak layan minah tu masuk butik,” tulis beberapa netizen.

Pada masa sama, rata-rata netizen juga mahu pihak berkuasa terutama polis mengambil tindakan yang sama seperti mana dikuatkuasakan terhadap rakyat Malaysia

“Polis patut ambil tindakan, saman seperti mana rakyat Malaysia kena RM10,000”.

“Hope tindakan sama diambil macam rakyat Malaysia yang tak pakai mask,” tulis beberapa netizen

Sekadar info, pelitup muka wajib dipakai ketika berada di tempat awam, walaupun seseorang individu itu mengenakan niqab atau memakai alat perlindungan muka.

Memakai pelitup muka diwajibkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Malah, bermula 11 Mac lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berulang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar