,
Gaya Hidup

Sama Level Tony Hawk & Anderson Paak, Yaya Zahir Dilantik Duta Global Vans

Amri Hassan
28/10/2020
02:35 MYT
Personaliti televisyen Yaya Zahir dilantik menjadi duta global jenama kasut sneakers, Vans.
Pelantikan itu sekaligus meletakkan Yaya sebaris dengan nama terkenal seperti pemain skateboard antarabangsa, Tony Hawk dan penyanyi Amerika Syarikat, Anderson Paak.
Yaya yang memiliki jumlah pengikut di Instagram seramai 252,000 orang itu berkongsi keterujaan atas perlantikan tersebut.
Kata Yaya, bekerjasama dengan jenama popular seperti Vans antara pencapaian terbaiknya sepanjang tahun 2020.
"Berita ini akhirnya telah diumumkan kepada semua. Sejujurnya, ini adalah perkara terbaik yang berlaku sepanjang tahun 2020.
"Saya dilantik sebagai duta global Vans bersama Tony Hawk dan Anderson Paak sempena #vanscheckerboardday.
"Ini menjadi satu penghargaan dan tanggungjawab besar untuk saya membawa nama Vans bersempena dengan Checkerboard Day yang akan memfokuskan tentang peranan kreatif untuk membantu individu dan komuniti dalam isu kesihatan mental seluruh dunia.
"Terima kasih bagi anda yang mengikuti perjalanan saya dan menggemari jenama Vans.
"Saya tidak sabar untuk mewakili Malaysia dan meraikan #vanscheckerboardday 2020 bersama anda semua pada 19 November nanti," kata Yaya.
Pelantikan Yaya mendapat sokongan daripada rakan selebriti antaranya Neelofa, Yuna, Scha Alyahya, Mira Filzah, Ramona Zamzam, Puteri Aishah, Datin Vivy Yusof, Shalma Aina dan ramai lagi.
Tahniah dari Gempak buat Yaya Zahir!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Hiburan

PU Riz Dilantik Jadi Duta Masjid Di Kubang Kerian - "Komitmen Saya Lebih Pada Membantu Cari Dana & Sedekah..."

gempak
08/07/2024
21:17 MYT
Pendakwah selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, dilantik menjadi Duta Wakaf Program Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian, Kelantan.
Hiburan

Fan Bingbing Teringin Jalani Kehidupan Di Malaysia - "Nak Singgah KL, Harap Dapat Bekerjasama Dengan Pelakon & Pengarah Di Sini"

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Bintang antarabangsa Fan Bingbing menyifatkan peranan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 yang digalasnya adalah satu tanggungjawab yang amat berat, namun pada masa yang sama beliau menganggap ia sebagai satu tuah.
Berita

Pelantikan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Tarik Pelancong Antarabangsa

gempak
09/06/2024
22:00 MYT
Bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing yang akan dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024 dilihat mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri khususnya dalam menarik kedatangan pelancong antarabangsa.
Terkini

Pelantikan Fan Bing Bing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Raih Pelbagai Reaksi Netizen: “Michael Ang Kan Ada…”

gempak
29/05/2024
23:25 MYT
menerusi filem X-Men: Days Of Future Past itu bakal dinamakan sebagai duta pelancongan negeri Melaka pada 25 Jun depan.