,
Laman Utama

Salman Khan Selar Konten S*ks & Ghairah Bollywood: “Jangan Melampau, Ini India”

Maliah Surip
07/04/2023
14:50 MYT
Aktor Salman Khan mengingatkan para pengkarya di India terutama untuk tontonan penstriman secara digital agar tidak melampaui batas.
Ini termasuklah menghasilkan karya bersifat erotik, seks dan ghairah. Tegas Salman semua konten bersifat sedemikian patut ditapis terlebih dahulu atau sama sekali tidak ditayangkan langsung.
“Konten seks dan ghairah semua ini patut dihentikan. Remaja seawal usia 15 dan 16 tahun boleh menontonnya. Adakah kita mahu anak remaja kita menonton konten sedemikian?”ujar Salman Khan sewaktu muncul dalam sebuah acara seperti dilaporkan Hindustan Times.
Menurutnya lagi, dunia Bollywood sudah sekian lama disajikan dengan adegan cinta dan bercium, dan itu cukup untuk dipertontonkan.
“Anda jangan melampaui batas. Kita tinggal dan ini India,” selarnya lagi.
Salman kemudian mengajak para pengkarya menghasilkan naskhah yang lebih ‘bersih’.
“Saya percaya, lebih ‘bersih’ konten, anda akan mendapatkan tontonan yang lebih baik,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.