,
Laman Utama

Salah Seorang Bayi Kembar Cristiano Ronaldo Meninggal Dunia

Maliah Surip
19/04/2022
03:48 MYT
Pesohor bola sepak Cristiano Ronaldo menyampai khabar duka. Dia dan pasangannya, Georgina Rodriguez telah kehilangan salah seorang anak kembar mereka yang baru dilahirkan.
Ronaldo membuat pengumuman bayi lelakinya telah meninggal dunia melalui akaun media sosialnya.
“Dengan rasa berat hati dan sedih kami terpaksa mengumumkan bayi lelaki kami telah meninggal dunia.
“Ini adalah kelukaan terdalam yang dirasakan oleh para ibu bapa,” tulis pemain Manchester United dan Portugal ini.
“Anak lelakiku, anda adalah malaikat kami. Kami menyayangimu,” tambahnya lagi.
Beliau kemudian mengatakan kelukaan dan kesedihan yang dialami mereka berdua sedikit disembuhkan dengan kehadiran bayi perempuan yang merupakan kembar yang selamat.
“Kelahiran bayi perempuan kami memberi cahaya, kekuatan dan harapan serta kebahagiaan buat kami,” katanya lagi.
Sambil berterima kasih kepada semua pihak termasuk barisan doktor, Ronaldo mengatakan mereka memerlukan privasi untuk melewati waktu sukar yang sedang dialami.
“Kami sangat berdukacita atas kehilangan kami. Kami meminta semua pihak memahami dan memberi kami ruang serta privasi untuk melalui detik sukar ini,” pintanya.
Pada Oktober lalu, pasangan ini mengumumkan sedang menantikan kelahiran sepasang kembar. Kemudian pada bulan Disember, mereka memaklumkan akan menyambut bayi kembar lelaki dan perempuan.
Untuk rekod, anak sulung Ronaldo, Alana Martina dilahirkan pada tahun 2017. Beliau juga sudah memiliki sepasang anak kembar iaitu Eva dan Mateo yang dilahirkan melalui proses ibu tumpang pada tahun sama.
Beliau juga mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 11 tahun, Cristiano Jr. namun identiti wanita yang menjadi pasangan Ronaldo sebelum ini tidak pernah diumumkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

gempak
11/09/2024
04:25 MYT
Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.
Berita

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

gempak
10/09/2024
18:55 MYT
Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di Kota Bharu, pada Isnin.