,
Viral

"Salah Grammar Kutuk, Salah Spelling Gelak, Salah Sebut Sindir!" - Sakinah Bantah Language Shaming

Amri Hassan
04/09/2019
08:43 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah menyelar tindakan segelintir individu yang memperkotak-katikkan kemampuan pihak tertentu untuk menggunakan bahasa dengan baik.
Kata Sakinah, sikap suka memalukan pihak tertentu yang gagal berbahasa (language shaming) tidak seharusnya berlaku pada masa kini.
"Saya fikir ramai yang sudah sedar tentang 'body shaming'. Bagus! Tetapi seperkara baharu yang saya mahu ketengahkan iaitu 'language shaming'.
"Ia tidak 'cool'. Salah grammar kutuk, salah spelling gelak, salah sebut sindir, sebut betul tapi ada slang pun kena!
"Tak kiralah sama ada seseorang itu cuba untuk bercakap bahasa Inggeris, bahasa kebangsaan atau apa juga bahasa, kita sentiasa perlu menyokong dan menggalakkan.
"Kerana untuk cemerlang dalam sesuatu bahasa kita perlu sentiasa berlatih dengan cara bercakap, bersosial dan menggunakan dalam kehidupan harian.
"Saya sendiri pun banyak belajar dan tak rasa diri saya sudah sempurna," kata Sakinah.
Baru-baru ini, usahawan selebriti terkenal Datin Vivy Yusof mendapat kecaman ramai apabila memperkenalkan 'BM Challenge' untuk melatih dirinya bertutur dalam bahasa Malaysia selama sehari.
Netizen menyifatkan tindakan Vivy itu memalukan dan menggelarkannya poyo memandangkan asal-usulnya sebagai orang Melayu yang sepatutnya fasih berbahasa Melayu.
Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang menyokong usaha Vivy memandangkan selama ini dia dibesarkan dengan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Vivy juga tidak melatah dengan kecaman netizen dan melihat kecaman itu dalam sudut positif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.