,
Hiburan

Salah Faham Maksud ‘Cashless’, Netizen Minta Fatiya Latiff Banyak Membaca, Kurangkan Aktiviti Di Bigo!

Fiza Kamarudin
12/10/2017
02:57 MYT
Pelakon Nur Fathia Latiff atau Fatiya dikecam pelayar laman sosial Twitter malam semalam selepas memuat naik entri sebuah laporan akbar yang memetik ucapan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Fatiya telah memuat naik tajuk utama berita yang dipetik daripada The Star Online, ‘Khairy: Malaysia To Be Cashless by 2050’ dengan kapsyen ‘Kite nak jadi macam zaman batu balik ke? Buat sistem barter balik? Kau bagi aku TV aku bagi kau basikal. Takuttttt’ yang dianggap kurang bijak oleh pengikut Twitter.
Rata-rata komen, menghentam Fatiya dan menganggap pelakon tersebut kurang bijak apatah lagi dia merupakan graduan undang-undang.
Ada juga netizen yang menasihati Fatiya supaya lebih banyak membaca dan mengurangkan aktiviti di Bigo.
Bagaimanapun selepas 40 minit, Fatiya memuat naik entri baru, “Cashless: Broad meaning. Nak tulis tajuk biar teghang. Ni bukan tulis gossip”.
Bagaimanapun, sekali lagi Fatiya dinasihatkan oleh netizen supaya sekurang-kurangnya membaca berita ditulis bukan sekadar membaca tajuk.
Mereka turut menjelaskan maksud 'cashless' seperti yang ditulis pada tajuk berita tersebut kepada Fatiya.
Sumber/ Foto: Instagram, Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.