,
Berita

Sakit Tua, Punca Pengasas Playboy Meninggal Dunia

Rozaimi Zubaidi
28/09/2017
05:43 MYT
Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner meninggal dunia pada usia 91 tahun disebabkan sakit tua.
Menerusi sebuah kenyataan dikeluarkan oleh majalah Playboy kepada E Online, Hugh telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, The Playboy Mansion pada Khamis.
"Hugh merupakan seorang ikon Amerika yang telah memperkenalkan majalah Playboy pada 1953 sehingga ia menjadi jenama terkenal dunia meninggal dunia dengan tenang disebabkan sakit tua.
"Semua ahli keluarga berada disisi Hugh disaat dia menghembuskan nafas terakhir di rumahnya.
"Kami semua di Playboy Enterprise akan sentiasa merindui mendiang dan berharap agar pihak keluarga tabah dengan berita kematian ini," tulis kenyataan itu.
Hugh dilahirkan pada 9 April 1926 di Chicago Illinois dan berkahwin dengan Mildred Williams pada 1949 sebelum bercerai sepuluh tahun kemudian.
Hugh kemudian berkahwin dengan Kimberley Conrad pada 1989 sebelum bercerai pada 2010.
Mendiang kemudiannya berkahwin pula dengan Crystal Harris pada Disember 2012.
Sumber: E! Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Berita

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

gempak
09/09/2024
16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih,Selangor, pada Sabtu.
Hiburan

Pelakon Julian Ortega Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

gempak
03/09/2024
02:25 MYT
Pelakon terkenal kelahiran Sepanyol, Julian Ortega meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika bercuti di Pantai Zahora di Barbate, Sepanyol pada 25 Ogos lalu.
Berita

Kakak Sudirman, Ibu Atai Meninggal Dunia

gempak
30/08/2024
07:55 MYT
Kakak penghibur legenda, Datuk Sudirman, iaitu Datin Rudiah @Rodziah Arshad, 81, meninggal dunia jam 12.08 tengah hari ini.
Berita

Korban Tanah Runtuh Di Phuket Kini 13 Orang, Termasuk Pasangan Warga Rusia

gempak
26/08/2024
01:25 MYT
13 orang termasuk pasangan Rusia maut dalam tanah runtuh beserta banjir lumpur di pulau peranginan Thailand, Phuket, kata pihak berkuasa pada Ahad, selepas menghentikan pencarian orang hilang.