HIBURAN
Kak KM Jawab Isu Anak Didakwa Terlalu Seksi - “Jangan Sibuk Hal Orang, Aku Tahu Bahagian…”
Usahawan kontroversi dan pempengaruh, Kak KM tampil memberi respon respon balas terhadap kritikan segelintir pihak yang mempertikaikan caranya membesarkan anak-anak.
Tak perlu sibuk hal orang
Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menegaskan bahawa orang luar tidak perlu sibuk mencampuri urusan keluarganya.
“Korang tak payah risau sangatlah tu anak aku, tak payah risau. Kita jaga keliling kita dahulu. Macam korang, jaga anak korang, adik-beradik korang.
“Jangan sibuk hal orang, aku tahu bahagian aku. Insya-Allah, kita tak adalah seteruk mana,” tegasnya.
Kak KM berkata demikian menerusi satu temu bual eksklusif bersama Gempak.
SAKSIKAN TEMU BUAL EKSKLUSIF GEMPAK BERSAMA KAK KM DI ATAS
Terdahulu, anak sulung kak KM iaitu Nabila menerima kecaman netizen kerana mengenakan pakaian ‘crop top’ putih berlengan pendek sambil membuat gerakan bibir menyanyi lagu.
Video itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan penampilan Nabila terlalu terdedah apatah lagi pakaian yang dipakai memperlihatkan bahagian perut dan pusatnya.
Malah ada yang memetik nama Kak KM, dengan sindiran kononnya usahawan sensasi itu kini tiada geng untuk ‘beraksi’ di rumah selepas Nabila berpindah ke Singapura.
Must-Watch Video