,
Laman Utama

Sakit Perut Ingatkan Gastrik, Rupanya Remaja 13 Tahun Ini Hamil Luar Nikah

Izwan Isa
31/07/2023
01:50 MYT
Seorang doktor mendedahkan kes remaja perempuan berusia 13 tahun yang tinggal di Indonesia hamil selepas berhubungan tubuh dengan senior di sekolahnya.
Dr Intan Rachmita menerusi kemas kini di TikTok berkata, kes tersebut berlaku ketika dia sedang menjalani latihan industri di Puskesmas Kecamatan di luar Pulau Jawa, di sebuah daerah pedalaman.
Menurut Dr Intan, kisah bermula apabila dia didatangi oleh sepasang suami isteri pada suatu malam, bersama anak perempuan mereka yang mengadu sakit perut.
“Kata si ibu, anaknya muntah-muntah dah lima hari. Anaknya turut berasa mual, selain kelihatan agak lemah.
“Pada awal pemeriksaan, tidak terasa apa-apa sebab keadaan luarannya normal. Mungin terhidrasi. Suspek mungkin lewat makan sehingga diserang gastrik atau keracunan makanan,” katanya.
@dr.intanrachmita Deteksi kehamilan pada anak/remaja di luar pernikahan begitu syulit. Makanya sering ketahuan ketika kehamilan sudah masuk di trimester akhir. ?? #belajarbareng #foryoupage #edukasi #edukasikesehatan #viraltiktok #tiktok #fyp #fypシ #TikTokImpact #sexeducation ♬ Tutur Batin - Yura Yunita
Namun, keadaan berubah apabila jururawat doktor berkenaan mencadangkan kepadanya untuk melakukan ujian kehamilan. Hal ini kerana, jururawat berkenaan pernah berhadapan dengan kes seperti ini yang pada akhirnya menerima keputusan hamil.
“Jururawat tanya kepada remaja itu, sudah datang bulan atau tidak dan dia menjawab sejak setahun lalu. Remaja itu menambah, kitaran haidnya bermula pada awal bulan, paling lewat 10 haribulan. Ketika itu, mereka datang ke klinik pada tarikh 20 haribulan dan dia masih belum datang bulan.
“Setelah memberitahu bapanya, dan bapanya bertanya apa sebenarnya yang dia lakukan, remaja itu menangis. Jadi, bapanya arahkan supaya anaknya diperiksa. Hasil ujian mendapati dia hamil. Rupanya, remaja berkenaan pernah melakukan hubungan badan dengan senior di sekolah.
“Kesimpulannya, perlu ada pendidikan seks pada anak. Tak terbatas di kota sahaja, tetapi di desa pun wajib ada. Kerana rergaulan itu… pergaulan bebas ya. Dah sampai ke desa-desa. Bahkan yang tiada akses internet pun kesnya banyak, cuma yang dilaporkan rendah,” tutupnya lagi.
Sebelum itu, Dr Intan turut menyebut mengenai laporan media Indonesia mengenai nilai pengetahuan yang rendah sehingga mengakibatkan ribuan remaja perempuan hamil luar nikah.
BACA: Remaja Hamil Luar Nikah, Siapa Yang Perlu Dipersalahkan?
BACA: #PMTepiKakGee; Gadis Takut Nak Beritahu Keluarga Dirinya Hamil Di Luar Nikah​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.