,
Laman Utama

“Sajat Masih Boleh Diisytihar Bankrap & Harta Di Australia Boleh Disita Jika…” – Peguam

Fiza Kamarudin
15/12/2021
05:10 MYT
Peguam Peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat masih boleh dikenakan tindakan termasuk pengisytiharan bankrap dan penyitaan hartanya di Australia.
Katanya, langkah itu sekiranya segala sitaan asetnya di negara ini masih belum mencukupi bagi membayar hutang saman penghakiman RM200,000 kepada OWA Resources.
Hafidzah yang mewakili bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd., berkata, ia boleh dilakukan menerusi prosiding undang-undang iaitu ‘Resitrocal’ yang boleh digunakan pakai di Australia iaitu sebuah negara di bawah negara-negara Komanwel.
“Walaupun Sajat berada di luar negara ia tidak bermaksud boleh terlepas daripada pe­nguatkuasaan undang-undang. Ini berikutan terdapat penghakiman yang sah di Malaysia yang boleh dikuatkuasakan (difailkan semula) di negara-negara Komanwel termasuk di Australia.
“Justeru, segala prosedur yang dilakukan di negara ini juga boleh dilakukan kepadanya di Australia seperti pengisytiharan bankrap, pembekuan akaun dan sita. Jadi dia (Sajat) tidak boleh lari.
“Bagaimanapun, setakat ini saya belum mendapat arahan daripada anak guam untuk ke prosedur tersebut,” katanya kepada Kosmo!
Sementara itu Harian Metro melaporkan, seorang lelaki berjaya membida barangan lelongan di kediaman usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat pada harga RM132,000 semalam (Selasa).
Antara barangan yang disita untuk lelongan itu adalah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan.
Difahamkan, proses lelongan terbabit disertai oleh lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga pembida sebelum bidaan dibuat sebanyak enam kali dengan bidaan berakhir bernilai RM132,000.
Untuk proses pembidaan, pembida perlu menyediakan wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara dan mereka yang menyertai proses lelongan itu dibawa meninjau barangan dilelong.
Proses lelongan barangan yang disita sejak dua minggu lalu itu bersambung pada minggu hadapan.
Sumber: Kosmo!, Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.