,
Berita

Saintis Dari China Temui Gen Lawan Obesiti?

Awani
26/06/2024
15:55 MYT
Malaysia pada ketika ini ialah negara dengan peratusan penduduk menghadapi masalah obesiti kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Brunei.

Malaysia Catat Kes Tinggi Penyakit Diabetes

Ini turut menyebabkan Malaysia mencatatkan kes tinggi penyakit diabetes, jantung, darah tinggi dan kanser. Ironinya, saintis dari China telah menemukan gen yang merendahkan risiko obesiti di kalangan penduduk Asia Tenggara dan selatan China.

Saintis China Jumpa Gen Lawan Obesiti

Kajian oleh Profesor Jin Li dan Profesor Madya Zheng Hongxiang dari Universiti Fudan mendapati gen M7b1a1 pada DNA mitokondria mengurangkan risiko obesiti kerana ia merendahkan fungsi mitokondria.
Oleh itu ia tidak menyimpan tenaga dan menghasilkan lebih banyak haba yang mendorong tubuh untuk tidak menyimpan lemak. Mitokondria ialah “stesen janakuasa” yang menghasilkan tenaga untuk sel berfungsi.

BERITA TRENDING: Larangan Penggunaan Straw Plastik Bermula 1 Ogos!

Menurut hipotesis yang dibentangkan, M7b1a1 muncul dalam tubuh manusia bagi membolehkan mereka hidup ketika zaman air batu. Ia kemudiannya berkembang pada populasi Asia Tenggara dan selatan China dalam tempoh 15,000 tahun.

BERITA TRENDING: Pengangkutan Awam Dinilai Baik, Malaysia Berpotensi Jadi Bandar Tak Berorientasikan Kereta

Ini mungkin antara sebab China mempunyai kadar obesiti yang rendah (di tangga 175 daripada 193 negara) jika dibandingkan dengan negara maju yang lain.

​BERITA TRENDING: Steady, Altimet Pun Nak Tolong Bayar Denda RM100, 000 Yang MFL Kenakan Ke Atas Selangor FC

Negara-negara Asia Tenggara pula secara purata mempunyai kadar obesiti yang lebih rendah berbanding di Eropah dan Amerika Utara.

​BERITA TRENDING: Alami Penurunan Altitud Mendadak, Pesawat Korean Air Terpaksa Berpatah Balik

Dua penyelidik itu melihat kajian lebih mendalam ke atas M7b1a1 boleh membantu saintis memahami lanjut mengenai obesiti dan bagaimana ia boleh dikawal pada tubuh manusia. Kajian ini telah diterbitkan di dalam Journal of Genetics and Genomic.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.