,
Laman Utama

Saharul Ridzuan Mahu Perlahankan Karier Lakonan Dan Mahu Tumpu Pada Ajaran Agama Dan Bisnes?

Izwan Isa
08/03/2022
07:50 MYT

“Saya yang lemah, saya yang tidak boleh nak teruskan, bukan sebab industri tak bagus,” begitulah komen pelakon Saharul Ridzuan apabila ditanya mengenai keputusannya untuk memperlahankan kariernya selepas memilih untuk mendalami ajaran agama Islam.

Kata Saharul, dia tidak menyalahkan mana-mana karyawan daripada industri hiburan, namun, dirinya sendiri tidak boleh untuk meneruskannya kerja buat masa ini.
“Saya bagi contoh yang ramai tak tahu… saya sedang belajar nak solat awal waktu, nak belajar pergi ke masjid, ingin melakukan taalim dengan keluarga dan berikan agama kepada keluarga. Jadi, saya tak nampak saya boleh buat semua tu kalau saya masih lagi berlakon.
“Jika saya masih lagi berlakon, call time saya mungkin saya akan letak 8 pagi hingga 6 petang. Mana boleh macam tu kan? Saya dah bertanya ustaz dan menurutnya, hal ini akan menyebabkan fitnah pada agama,” tuturnya.
Saharul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman pakej umrah bersama barisan selebriti oleh Syabibah Travel & Tours di ibu kota baru-baru ini.
Dalam pada itu, Saharul berkata, dia tidak akan melupakan karier lakonannya dan masih akan menerima tawaran berlakon jika bersesuaian dengan diri.
“Bagi saya kalau tawaran yang diberikan kepada saya bersesuaian, mengapa tidak kan? Kita pun tak tahu. Kalau rezeki sebagai pelakon masih ada, ia akan ada.
“Buat masa ini, saya aktif berniaga. Saya buka kedai makanan antarabangsa bersama Nabil Ahmad sementara merancang untuk kembangkan penjualan produk serum habatus sauda,” katanya yang tidak sangka ramai yang memberi sokongan membeli produknya.
Dalam perkembangan lain, Saharul bakal mengerjakan umrah pada bulan puasa menerusi pakej umrah yang diperkenalkan oleh Syabibah Travel & Tours.
Selain Saharul, antara selebriti yang menjadi jemputan istimewa dan ditaja menerusi pakej umrah Syabibah Travel & Tours ialah Zulin Aziz dan suami, Bell Ngasri dan Faizal Ismail.
Bagi yang berminat untuk menyertai program umrah ini boleh mengunjungi pejabat agensi di No. 12-1, Jalan Wira 1, Pusat Perniagaan Wira, 71800 Nilai, Negeri Sembilan atau hubungi talian 018-289 7953.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dua Tahun Tak Ada Tawaran Berlakon, Mimi Ernida Sebak Kongsi Pengalaman Lalui Fasa ‘Struggle’ - “Sampai La Satu Tahap, Bila Orang…”

gempak
19/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Mimi Ernida mendedahkan dia pernah melalui fasa kekecewaan disebabkan tidak menerima sebarang tawaran berlakon selama dua tahun.
Hiburan

Lee Minho Cadang Berkahwin - "Saya Rasa Sudah Tiba Masanya Untuk Saya ..."

gempak
25/08/2024
13:55 MYT
Pelakon lelaki Korea terkenal, Lee Minho menyatakan bahawa dia ingin mempunyai keluarganya sendiri pada masa hadapan.
Hiburan

Baim Wong Kongsi Pengalaman Bekerja Bersama Anna Jobling - “Dia Memang Bagus, Cuma Dia..”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Pelakon dari seberang, Baim Wong tampil berkongsi pengalaman sewaktu di set penggambaraan bersama aktres Anna Jobling menerusi filem pertama arahannya iaitu, Lembayung.
Hiburan

X-Change: Ikut Plot & Karakter, Hariz Hamdan Akan Terus Lakonkan Babak ‘Daring’

gempak
27/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Hariz Hamdan menyatakan akan sentiasa mempertimbangkan untuk melakonkan mana-mana babak dalam drama yang memerlukan dirinya untuk membuat aksi ‘daring’.
Hiburan

Kilafairy Tolak Tawaran Berlakon Di Hospital, Masih Trauma Dengan Pemergiaan Arwah Ibu - “Saya Rasa Perasaan Ini Akan Ada…”

gempak
16/07/2024
00:55 MYT
Sudah lebih setahun ibunya yang juga penyanyi, Allahyarham Rohana Jalil meninggal dunia, namun pelakon dan penyanyi Kilafairy, 30, mengakui masih belum mampu mengendalikan trauma kehilangan dengan baik.