gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tun Mahathir Genap 100 Tahun, Marina Imbas Detik Getir Dua Pembedahan Jantung: ‘Selamat hari lahir, Daddy!’
HOLLYWOOD
Johnny Depp Cerita Didera Ibu: “Dia Baling Kasut Tinggi, Telefon...”
BERITA
Ulang Tahun Ke-100: Tun Mahathir Ingin Lihat Malaysia Kembali Jadi 'Asian Tiger'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Andy Teh Teruja Kategori Baharu Diperkenalkan - “Mungkin Ada Peluang Untuk Tercalon”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
10/07/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Andy Teh Teruja Kategori Baharu Diperkenalkan - “Mungkin Ada Peluang Untuk Tercalon”
Pelakon, Andy Teh meluahkan rasa gembira apabila Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) mewujudkan satu kategori baharu iaitu Anugerah Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik.
Menurut Andy atau nama sebenarnya Andy Teh Kim Huat, 40, pengiktirafan tersebut mampu menyuntik semangat dalam kalangan anak seni yang sering mempertaruhkan diri demi menjayakan adegan berbahaya.
“Saya bermula sebagai pelakon lagak ngeri, jadi bila kategori baharu ini diperkenalkan, saya rasa seronok. Mungkin ada peluang untuk tercalon, harap ada rezeki.

“Sebelum ini saya pernah menulis artikel mengenai bagaimana pasukan ‘stunt’ di Malaysia kurang dihargai. Jadi, apabila ada anugerah seperti ini, sekurang-kurangnya ia dapat menaikkan semangat para stuntman,” katanya kepada Gempak.

Andy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media FFM34 yang diadakan di FINAS, Hulu Kelang, pada Selasa.
Bagaimanapun, pelakon itu tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi kategori tersebut cuma dia berharap kategori ini dapat menjadi pembakar semangat buat pelakon.
“Ini satu perkembangan yang sangat positif, lebih-lebih lagi dengan semakin banyak filem aksi dihasilkan di Malaysia. Semoga ia menjadi pembakar semangat buat pelakon dan koreografer aksi,” ujarnya.
Sekadar info, FFM34 akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 8 November 2025.

BERITA BERKAITAN: “Sebagai Seorang Lelaki Sepatutnya...” - Andy Teh Tak Kecil Hati Ditanya Soal Jodoh, Mahu Fokus Jaga Keluarga

BERITA BERKAITAN:Kecewa Tak Dapat Watak Utama Antagonis, Andy Teh Tetap Syukur Diberi Peluang Berlakon Filem Hong Kong - “Saya Dapat Tahu Pengarah Tukar…”

BERITA BERKAITAN: Andy Teh Nafi Bergaduh Sebab Isu Perkauman - "Jangan Sebar Spekulasi Bukan-Bukan!"

Topic Berkaitan
#Festival Filem Malaysia
#Calon
#Andy Teh
#Baharu
#Teruja
#Kategori
#FFM34
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement