,
Laman Utama

Sahabat Sanggup Keluar Duit Buat Kejutan Hari Lahir Fazura - “Ada Yang RM500, Beribu Pun Ada”

Asyikin Mayudin
02/10/2023
06:50 MYT
Pelakon Nur Fazura melahirkan rasa syukur apabila semua sahabat baiknya meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 tahun baru-baru ini.
Isteri kepada aktor Fattah Amin ini juga berasa terharu apabila mengetahui semua sahabatnya yang hadir sanggup mengeluarkan wang RM500 hingga beribu hanya untuk menyambut hari lahirnya.
“Lagi satu kejutan pada malam hari lahir saya! Tak terkata. Selalunya Faz yang akan gembiran nak rancang sambut hari lahir orang lain, tapi tahun ini… sangat sayu untuk semua kejutan.
“Untuk yang ini, terima kasih kawan-kawan yang membuatkan saya berasa dicintai dan dihargai. Dengarnya hampir semua kawan-kawan yang datang malam tu keluarkan duit.
“Ada yang RM500 each, yang beribu pun ada. Tak kurang juga yang luangkan masa dan effort untuk sama-sama sambut hari lahir Faz,” kongsi Fazura di laman Instagram miliknya.
Pelakon Mimi Lana, Sherry Alhadad, Azira Shafinaz dan Nadia Aqilah antara rakan selebriti yang rapat dengan Fazura hadir pada majlis sambutan itu.
Pada perkongsian yang sama, Fazura juga mengatakan dia kini lebih selesa berada dalam kumpulan persahabatan yang lebih kecil.
“Semakin tahun berlalu pergi, orang di sekeliling saya semakin kecil dan saya sangat bersyukur untuk setiap orang dan semua orang yang Allah izinkan ada, yang lama dan yang baru.
“Apa yang paling penting sekarang adalah keikhlasan dalam persahabatan, yang sememangnya jarang berlaku pada masa kini.
“Bersyukur untuk semua pengajaran dan semoga Allah SWT sentiasa kurniakan Faz dan kita semua petunjuk serta hikmahNYA yang terbaik di dunia akhirat… mudah-mudahan. Aminnn,” katanya lagi.
BACA SINI: [VIDEO] Jurusolek Terkenal Dedah Sikap Sebenar Fazura - “Dia Adalah Selebriti Yang Mempunyai…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Berehat Dari ‘Basketball’, Dr Izzar Nak Fokus Jadi Tukang Ulas Drama ‘Andai Tiada Dia’ - “Tak Payah Marah Suami Yang Tak Bersalah Sebab…”

gempak
23/11/2024
04:55 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd Izzar Anwari memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana terpaksa menolak pelawaan untuk bertanding dan bermain bola keranjang buat masa kini.
Hiburan

Semakin Mendonia! Fattah Amin Kini Ketua Eksekutif Pemasaran Kambing Perap - “Saya Harap Dia Mampu…”

gempak
20/11/2024
06:25 MYT
Berita tersebut telah diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.
Hiburan

Ejen Insurans Kongsi Kisah Caruman Takaful Fattah Amin - “Ubah Penama Hibah Pada Ibu, Agih Pada Fatimah Jika...”

gempak
15/11/2024
07:25 MYT
Seorang perancang kewangan iaitu Syafique Zainuddin tampil berkongsi mengenai kisah caruman takaful pelakon Fattah Amin.
Hiburan

Murah Dengan Senyuman, Netizen Puji Fazura Layan Peminat Di Mahkamah - “Peramah & Humble Orangnya”

gempak
13/11/2024
09:55 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura bermesra dengan peminatnya ketika di mahkamah bagi urusan hak penjagaan anaknya mengundang pujian daripada netizen.
Hiburan

Laris Teruk! Baju Merchandise Fattah Amin ‘Sold Out’ Dalam Masa Dua Minit

gempak
13/11/2024
03:55 MYT
Pelakon Fattah Amin masih menjadi tumpuan dan kegilaan rata-rata warganet.
Unitar