,
Hollywood

Sadis! Rapper Nipsey Hussle Mati Ditembak Berkali-Kali

Amri Hassan
01/04/2019
04:22 MYT
Sumber: Agensi, Astro Awani
Penyanyi rap terkenal antarabangsa, Nipsey Hussle meninggal dunia selepas ditembak beberapa kali di luar kedai pakaian miliknya di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hussle, 33, yang pernah dicalonkan dalam senarai akhir Anugerah Grammy ditembak sekitar pukul 3.20 petang Ahad (waktu tempatan).
Artis berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Dua lagi mangsa lain dilaporkan turut cedera dalam insiden yang mengejutkan ramai itu.
Polis Los Angeles berkata, sejurus selepas insiden berkenaan, Hussle dan dua lagi mangsa lain dibawa ke hospital.
"Kita belum mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek pada masa sekarang dan akan diumumkan sebaik memperolehnya," kata pihak berkuasa berkenaan di laman Twitter.
Hussle atau nama sebenarnya, Ermias Asghedom dibesarkan di selatan Los Angeles dan pernah beberapa kali namanya disebut sebagai gangster jalanan ketika usia remajanya.
Album sulungnya, Victory Lap dicalonkan dalam kategori Album Rap Terbaik dalam Anugerah Grammy pada 11 Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Berita

Buaya Baham Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ditembak Mati

gempak
13/09/2024
03:55 MYT
Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia yang memancing di Sungai Matamba dalam kawasan ladang di Jalan Silabukan di sini pagi semalam.
Berita

Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

gempak
11/09/2024
05:25 MYT
Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.
Berita

4 Tahun Tak Jumpa, Anak Temui Rangka Bapa Dalam Pangsapuri

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Rangka seorang pesara ditemui dalam sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur Khamis lalu selepas beberapa tahun kelibatnya tidak dilihat penduduk setempat.