,
Gaya Hidup

Rupanya Mudah Je Resipi Daging Dendeng... Senang Sangat, Sedap Pulak Tu!

Kamaruddin Razal
15/07/2020
20:01 MYT
Daging dendeng merupakan makanan yang menjadi pembuka selera dan sesuai dijamu dalam pelbagai cara.
Anda boleh menikmati daging dendeng bersama nasi panas, ketupat, nasi impit, roti dan banyak lagi cara lain lagi.
Rupanya, cara untuk menyediakan daging dendeng sangat mudah, simple je!
Gempak kongsikan resepi daging dendeng di bawah:
Bahan-bahan:
500 gram daging yang dihiris dan direbus bersama bawang putih, ketumbar & halia. 4 biji cili merah, 4 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih & daun limau purut. Minyak masak. Garam & gula secukup rasa.
Cara-cara:
Lenyek daging yang telah direbus. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daging ke dalam kuali & goreng sehingga garing kemudian toskan. Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng daging, masukkan cili merah, bawang merah, bawang putih dan goreng sehingga garing. Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng ke dalam alat pengisar, letakkan garam serta gula secukup rasa & kisarkan ia. Masukkan kembali bahan yang telah dikisar dalam kuali sama dan kacau sehingga naik bau. Masukkan daun limau purut. Masukkan daging dan gaulkan rata.
Mudah je kan? Ha, kalau anda nak tonton cara-cara memasak dengan lebih jelas, saksikan episod Iftar Ala King musim kedua yang dihoskan oleh Naim Daniel di bawah:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kongsi Diet Sihat, Netizen Ambil Peluang ‘Usik’ Khairul Aming - “Raya Nanti Kau Nak Kurus Sorang Ke?!”

gempak
20/03/2024
03:55 MYT
Makan tak salah, tapi kesihatan kena jaga
Viral

Viral Resepi Kurma Campur Mentega Untuk Berbuka Puasa, Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri Tentang Khasiatnya!

gempak
11/03/2024
06:55 MYT
Macam sedap, boleh cuba ni
Laman Utama

Lagi 100 Hari Nak Ramadan, Khairulaming Dah Bagi Hint! Netizen Tanya, “Okay Dah Boleh Start Prepare Barang Ke Ni?”

gempak
03/12/2023
09:55 MYT
Dia mai dah guys mai dah heheh
Laman Utama

Lama Menyepi, Ramai Tanya Ira Kazar - “Mana Next Resipi, Macam Lama Tak Ada Hello Everyone”

gempak
31/10/2023
06:25 MYT
Hello everyone...
Laman Utama

Shila Amzah Tak Lokek Kongsi Resipi ‘Paling Senang Dalam Dunia’ – “Kegemaran Saya”

gempak
14/10/2023
14:25 MYT
Lovenya resipi Shila ni, bila-bila pun boleh buat.