,
Laman Utama

“Rupanya Ada Makanan Yang…”- Norman Hakim Dedah Kalori Tinggi Walaupun Bersenam

Syafiqah Jalal
16/03/2022
11:44 MYT
Aktor Norman Hakim bersyukur selepas membuat pemeriksaan terperinci terhadap kesihatan badannya dan keputusan yang diterima adalah baik dan berada dalam keadaan yang sihat.
Kata Norman menerusi bacaan tekanan darah dan kolestrol dalam badan serta sebagainya telah memudahkannya untuk mengawal pemakanan harian.
“Alhamdulillah syukur nikmat semua keputusan daripada tekanan darah,kolestrol level,buah pinggang,paru-paru,kadar gula dalam badan,BMI dan sebagainya dengan izin Allah berada dalam keadaan baik.
“Keputusan ini semua penting untuk kita ambil tahu sebab dari situ baru kita ada informasi apa yang kita patut makan,apa yang patut kita kurangkan,senaman apa yang sesuai untuk kita.Data-data ni semua sangat membantu,” katanya.
Suami kepada pelakon Memey Suhaiza itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dedah Norman, sebelum ini kalori dalam badannya tinggi dan agak membimbangkan meskipun dia mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam.
“Ada yang tak nak ambil tahu sebab takut kalau ada penyakit. Dulu saya pun ignored je dan berserah pada takdir. Sekali check tengok-tengok kolestrol level dah kat border line dan sangat tinggi.
“Rasa depressed sangat sebab hari-hari kot exercise.Rupanya ada makanan yang saya tak boleh atau kena kurangkan selain faktor keturunan.
“Buah pinggang quarter damage sebab kurang minum air.Paru-paru dropped almost 70% padahal saya dah lama berhenti merokok. Rupanya jadi 2nd hand smoker lagi dajal kesannya pada yang tak merokok.Itu yang jadi pada saya,” jelasnya.
Norman membuat ujian darah itu di Institut Jantung Negara untuk memeriksa tahap kesihatannya.
Rutin itu bagaimana pun telah dilakukan sejak lima tahun lalu bagi memastikan kesihatannya terjaga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Gaya Hidup

Risiko Kesihatan Mata Tatap Gajet Secara Baring Mengiring

gempak
16/11/2024
13:55 MYT
Ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan mata termasuk 'juling air' yang juga disebut 'juling itik', lebih-lebih lagi apabila melihatnya secara dekat.
Hiburan

Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

gempak
10/11/2024
07:50 MYT
Pelakon Sherie Merlis mengakui kini gembira menjalani kehidupan bersama anak-anak.
Hiburan

Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental

gempak
29/10/2024
09:55 MYT
Pengasas Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA), Anita Abu Bakar mengakui cabaran stigma dan diskriminasi masih wujud, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Unitar