BERITA
Bapa Enam Anak 'Kahwin Lari' Dengan Bakal Menantu
Seorang lelaki tergamak 'kahwin lari' dengan bakal isteri anak bongsunya.
Kejadian itu berlaku di Rampur, Uttar Pradesh di India.
Menurut NDTV, bapa kepada enam anak, Shakeel pada mulanya mengatur perkahwinan anaknya.
"Isterinya mendedahkan Shakeel mula berkomunikasi secara rahsia dengan bakal menantunya itu. Dia kerap membuat panggilan video sepanjang hari.
"Selepas hubungan itu terbongkar, anak lelakinya menolak untuk mengahwini gadis tersebut," jelas laporan itu lagi.
Shakeel yang terjebak cinta terlarang itu melarikan diri dengan sejumlah wang tunai dan kira-kira 17 gram emas.
Insiden itu menyerlahkan trend 'kahwin lari' melibatkan ahli keluarga terdekat yang menjalinkan hubungan secara rahsia di negara Asia Selatan tersebut.
Pada 25 April lalu, Mamta, 43, dari Badaun juga 'kahwin lari' dengan bapa mentua kepada anak perempuannya, Shailendra, 46.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video