,
Laman Utama

Rumah Tangga Individu Ke 4 Terkaya Di Dunia, Bill Gates Musnah Selepas 27 Tahun

Asraf Aided
04/05/2021
03:20 MYT
Selepas 27 tahun mendirikan rumah tangga, pengasas bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Bill Gates mengumumkan penceraian dengan isterinya, Melinda.
Perkara itu diumum menerusi satu kenyataan bersama yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi Gates beberapa jam lalu.
"Selepas banyak perkara dan usaha yang dilakukan, kami membuat keputusan untuk menamatkan rumah tangga kami.
"Selama 27 tahun, kami telah membesarkan tiga anak dan membina yayasan yang menggalakkan orang di seluruh dunia hidup sihat dan produktif," tulis kenyataan itu.
Difahamkan, mereka akan meneruskan kerjasama dalam Yayasan Bill dan Melinda Gates bagi membantu golongan yang memerlukan meskipun tidak lagi berkongsi hidup bersama.
"Kami akan terus berkongsi kepercayaan dalam misi dan kerjasama dalam yayasan tersebut, tetapi kami tak boleh hidup sebagai pasangan lagi dalam fasa kehidupan yang seterusnya," tulis kenyataan itu lagi. Sekadar info, Bill dan Melinda bertemu sekitar akhir 1980an ketika masing-masing bekerja di Microsoft.
Mereka berkahwin pada 1994 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Menurut Forbes, Bill Gates merupakan lelaki keempat terkaya di dunia dengan jumlah pendapatan sekitar 130 bilion USD (melebihi RM500 bilion).
Kredit Foto: NBC News
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Hiburan

“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

gempak
14/09/2024
03:12 MYT
Satu video temu bual berkaitan pelakon, Fattah Amin mengulas tentang isu orang ketiga dalam perhubungan kembali tular dalam media sosial.