Hiburan
"Rumah Saya Sendiri Kemas, Baju Saya Lipat, Harga Sayur Kat Mana Murah Pun Saya Tahu" - Ungku Hariz Akui Hidap OCD
Suami pengacara popular Jihan Muse, Ungku Hariz akui fasa menjadi ketua keluarga dan bergelar bapa banyak mematangkannya.
Pelbagai perubahan dialami sejak menimang cahaya mata sulung, Ungku Arsalan 10 bulan lalu, kata Ungku kebanyakan kerja rumahnya dilakukannya sendiri tanpa bergantung pada isteri.
"Kalau dulu, saya tak pernah tahu pun harga sayur di pasaran. Sekarang ni, sebut sahaja sayur apa berapa harga semua sudah dalam kepala.
"Pasar tani saya pergi, rumah pun saya sendiri kemas, malah baju pun saya sendiri lipat.
"Tambah-tambah bila ada OCD (Obsessive Compulsive Disorder), saya memang suka buat semua kerja sendiri," katanya kepada Gempak.
Malah, kata Ungku, dia kini lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama keluarga di rumah berbanding rakan-rakannya.
"Semua yang saya buat sekarang hanya untuk keluarga terutama anak, sudah jarang fikir untuk diri sendiri.
"Sekarang pun sudah kurang melepak luar, kalau ada masa habis sahaja shooting terus balik rumah nak jumpa anak," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Ungku kini muncul dengan filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa bergandingan dengan Rykarl dan Datuk Awie.
Berani Jadi Papa mengisahkan kehidupan seorang bapa tunggal, Kamal bersama anaknya Ayim yang tidak sefahaman.
Keadaan mula berubah apabila tubuh mereka tertukar ketika sedang bertengkar.
Berani Jadi Papa telah mula bersiaran di Astro First Eksklusif (480) mulai 6 Disember.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Berani Jadi Papa berulang kali selama 48 jam dari waktu pembelian.
Must-Watch Video