,
Hiburan

Ruhainies Maafkan Netizen Bergosip Tentangnya - “Mereka Tak Nampak Apa Yang Sebenarnya Berlaku..”

Umirah Halim
02/05/2024
02:58 MYT
Aktres sensasi, Ruhainies mengakui akan memaafkan individu yang bergosip tentang isu kontroversi nya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Story nya, Ruhainies telah menjawab pertanyaan daripada salah seorang warganet. “Out of topic, I just want to ask will u forgive people who gossip about u about your cases. LU,” tulis salah seorang individu yang tidak diketahui identitinya.
“I will. InsyAllah. sebab they dont know me. Mereka tak nampak apa yang sebenarnya berlaku. Mereka tak ada di tempat kejadian. Mereka tak tahu the whole story. Cuma dengar beberapa cerita yang disebarkan melalui online sahaja. “Mereka ada hak untuk meluahkan apa yang mereka rasa. Mereka juga ada hak untuk menilai apa yang mereka nampak on the surface. Its okay. Its okay. Mereka tidak tahu,” jawabnya.
Terdahulu, Ruhainies telah mengakui khilaf dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah susulan kontroversi yang membabitkannya dengan suami aktres itu.
Untuk info, pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan aktor Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWl) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan itu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun sebutan kedua permohonan berkenaan pada 4 April lalu tidak berjalan seperti diharapkan.
Aliff ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan enggan menceraikan Bella dengan alasan masih sayangkan isterinya.

Berita Trending: Sarah Yasmine Tetap Sudi Kahwin Aliff Aziz

Berita Trending: “Aliff Suka Plan Date Dekat…” Individu Tanpa Nama Ini Dedah…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Giliran Aliff Aziz Pula Ajak ‘Followers’ Selawat 1,000 Kali Sehari - “Jangan Rasa Perlu Tunggu Jadi Orang Baik Untuk…”

gempak
23/11/2024
00:55 MYT
Selepas pelakon Ruhainies, kali ini giliran penyanyi Aliff Aziz pula mengajak pengikutnya di laman sosial untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Hiburan

Stacy Tak Akan Bermasam Muka Dengan Bella Astillah - “Kami Sama-Sama Orang Kampung, Tak Berbaloi Bergaduh”

gempak
17/11/2024
02:55 MYT
Penyanyi Stacy memaklumkan dia tidak akan bermasam muka dengan Bella Astillah biarpun berdepan kontroversi konsert A Night With A Sumandak Stars.
Hiburan

Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

gempak
15/11/2024
00:55 MYT
Selepas kecoh kontroversi bersama aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat aktres Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Cantik! Penampilan Dynas Mokhtar Buat Peminat 10 Kali Ulang Tengok Video - “Makin Lawa…”

gempak
14/11/2024
01:55 MYT
Perkongsian sebuah video yang dibuat pelakon Dynaz Mokhtar baru-baru ini berjaya mencuri perhatian netizen.
Hiburan

Selepas Zul Ariffin, Ruhainies Dikaitkan Dengan Azrel Ismail Pula...Ini Respons Tuan Badan

gempak
12/11/2024
07:55 MYT
Selepas Zul Ariffin, nama aktres sensasi Ruhainies dikaitkan pula dengan pelakon Azrel Ismail.
Unitar