,
Laman Utama

Rugi Tak Tonton! Ini Sebab Mengapa Anda Wajib Layan Dapur Malaysia

Hanafis Haris
13/08/2020
07:04 MYT

Baru-baru ini pengacara popular Datuk Aznil Nawawi tampil menghiburkan peminat dengan celotehnya dalam program masakan terbaru Dapur Malaysia.

Ditayangkan di Go Shop, Dapur Malaysia bakal menggabungkan Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil bersama Raianna A. Rahman atau Rai.

Namun, jika anda tertanya-tanya apakah keunikan sebenar program masakan baru ini, Gempak senarikan antara sebab mengapa anda perlu tontonnya.

#1 Menu Lazat 1 Malaysia

Berbanding rancangan lain, Dapur Malaysia memfokuskan hidangan pelbagai bangsa di negara ini.

Selaras dengan tema merdeka yang dibawa, anda boleh lihat menu menarik daripada kaum Melayu, Cina, India dan banyak lagi.

Untuk episod pertama minggu lalu, resipi yang ditampilkan adalah ayam pansuh, ayam percik nusantara, pais ikan patin tempoyak dengan udang galah belantara.

#2 Setiap Minggu Akan Disertakan Dengan Pelbagai Promosi

Menurut Pak Nil, selain memasak, program ini turut menawarkan pelbagai promosi barangan dapur yang berbeza-beza setiap minggu.

“Harga ditawarkan khas untuk Dapur Malaysia, memang tak dapat di tempat lain.

“Selain itu dengan adanya saya, saya akan cuba dapatkan harga istimewa. Mampu milik semuanya,” katanya.

Jenis produknya juga ada yang eksklusif saja di Dapur Malaysia tiada di pasaran lain.

#3 Layan Celoteh Pak Nil

Menurut Rai, faktor utama penonton perlu layan Dapur Merdeka adalah Pak Nil.

Menurutnya, penonton berpeluang melihat aksi, celoteh, gelagat mengendalilan program masakan ini.

“Memang meriah dan rugi kalau tak tonton,” katanya.

Pogram terbaru itu mula bersiaran setiap Khamis jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Anda boleh saksikan Dapur Malaysia di saluran 118 (Go Shop Ruuma) dan 124 (Astro Ria HD)

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Inul Bakal Rayakan Ulang Tahun Anak Tunggal 3 Hari : “Biar Orang Kampung Gembira”

gempak
26/03/2024
12:50 MYT
Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista menarik perhatian netizen apabila memaklumkan akan mengadakan pesta ulang tahun anaknya selama tiga hari.
Laman Utama

Gugurnya Air Mata Pak Nil, Jumpa Waris & Pemuda Viral Suara Mirip Allahyarham Sudirman! Sebak, Meremang, Semualah!

gempak
24/02/2022
09:31 MYT
Sedekahkan Al-Fatihah pada arwah
Masked Singer 2

Pak Nil, Remy Ishak, Raja Azura Antara Juri Havoc The Masked Singer Malaysia Musim Kedua

gempak
12/01/2022
08:52 MYT
Tak sabarnya!
Laman Utama

"Ada Ketika Kami Catukan Makanan" - Luahan Perasaan Tiga Suara, PakNil Buka Akaun Untuk Bantuan Berkelompok

gempak
02/06/2021
09:45 MYT
Datuk Aznil Haji Nawawi, PakNil, Derma, PKP
Laman Utama

"Ramai Yang Tanya Kenapa Proses Penghasilan Vaksin Covid-19 sangat Cepat?" - Temubual Eksklusif Datuk Aznil Haji Nawawi bersama Dr Amalina Bakri Dapat Pujian

gempak
01/02/2021
13:50 MYT
Banyak ilmu yang dikongsi.