,
Hiburan

Ruangan Komen Diserang Netizen, Syazwan Zulkifly Nafi Pelakon Yang Belasah Kekasih

Umirah Halim
09/07/2024
13:55 MYT

Nama pelakon Syazwan Zulkifli turut terkait dengan isu dakwaan seorang pelakon lelaki yang menumbuk teman wanitanya pada awal pagi Ahad.

Netizen dakwa Syazwan

Menjengah ke ruangan media sosial Syazwan, dapat dilihat beberapa komen daripada warganet yang seakan mendakwa pelakon tersebut adalah dirinya.

Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

“Harap-harap bukan awak,” komen seorang netizen yang seakan memberi bayangan mengenai kes tersebut.

“Bukan saya,” balas Syazwan.

ARTIKEL TRENDING: Netizen Petik Nama Ammar Alfian Belasah Kekasih, Ini Respons Tuan Badan

ARTIKEL TRENDING: Pelakon Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam SUV

​ARTIKEL TRENDING:Wanita Berjaya Selamatkan Anjing Kena 'Tinju', Namakan Kitster - "Buat Masa Sekarang Biarlah Ia Berehat"

​ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

​ARTIKEL TRENDING: RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story

Sementara itu, Syazwan turut menasihati netizen supaya tidak bertindak menuduh seseorang secara melulu.

“Brother itu bukan wa brother, malu la sikit main tuduh-tuduh orang macam ni,” balasnya di ruangan komen seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, Gempak pernah melaporkan seorang wanita dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang, semalam.

"Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

"Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara," katanya ketika dihubungi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.