,
Laman Utama

Roti Gardenia Naik Harga Lagi?

Awani
28/08/2022
11:30 MYT
Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dilapor akan menaikkan harga produknya bermula 1 September ini.
Dalam satu surat yang tular, sebanyak 53 jenis produk berdepan kenaikan harga membabitkan harga peruncit dan harga pengguna.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan susulan kenaikan bahan mentah yang meningkat berterusan.
"Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.
"Kami akan sentiasa komited untuk mengekalkan kualiti produk di tahap yang optimum untuk kepuasan semua pelanggan dan pengguna kami," katanya menerusi satu surat tersebut.
rupanya...
1 Sept harga roti Gardenia naik daaaaa...
???? pic.twitter.com/9S9tIOI3jR— PurpleHearts (@KlutzyKucing) August 27, 2022 Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic iaitu RM2.55 (harga peruncit), manakala harga pengguna RM3.00.
Turut mengalami kenaikan ialah Gardenia Delicia Salted Caramel Spread (375 gram) iaitu RM13.66 (harga peruncit) kepada RM17.10 bagi harga pengguna.
Sementara itu, semakan pada laman sesawang syarikat itu mendapati harga barangan bagi beberapa produk masih lagi kekal.
Ia antara melibatkan Original Classic (400 gram) pada harga RM2.80; dan Original Classic Jumbo (600 gram) pada harga RM4.00.
Harga pengguna baharu bagi produk tersebut dijangka mengalami kenaikan 20 sen pada 1 September ini.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak Gardenia KL berhubung kenaikan harga tersebut. Pada November tahun lalu, Gardenia KL turut menaikkan harga produknya bermula 1 Disember.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.