,
Laman Utama

Roti Canai Kayangan Pulau Langkawi, Sekeping RM4 Guys!

Awani
29/11/2021
23:45 MYT
Selepas kecoh dengan isu ikan Siakap yang dijual mencecah harga lebih RM1, 0000 di Langkawi, kini terdapat aduan mengenai peniaga menjual sekeping roti canai dengan harga RM4 di pulau pelancongan tersebut.
Hal itu didedahkan oleh Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) yang menerima lebih 100 aduan daripada pengguna berkaitan kenaikan harga makanan serta bahan mentah di negeri ini.
Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff berkata, kebanyakan aduan yang diterima adalah berkaitan makanan di kedai makan terutama di daerah Kota Setar dan Kuala Muda.
Beliau berkata, aduan diterima sejak dua minggu lalu dan ternyata ia membebankan pengguna yang mempunyai keluarga besar.
"Selain aduan berkaitan harga mahal ikan siakap di Langkawi, kita juga menerima maklumat berkaitan harga roti canai sekeping RM4 di pulau itu.
"Harga itu tidak masuk akal kerana berdasarkan maklumat daripada pengguna, kedai roti canai itu hanya dijual di tepi jalan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI .
Sehubungan itu Mohd Yusrizal meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah melakukan pemeriksaan di setiap gerai atau premis kedai makan yang didapati menaikkan harga yang tinggi.
Selain itu katanya, peniaga kedai makan juga perlu meletakkan tanda harga untuk setiap makanan bagi membolehkan pengguna membuat pilihan sebelum membuat pesanan.
"Sekiranya didapati peniaga mengenakan harga yang tidak munasabah dan terlalu mahal, pengguna perlu menyimpan resit dan membuat aduan bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak berkuasa.
"Malah kita berharap peniaga juga jangan mengambil kesempatan menaikkan harga ketika ini bagi mengelakkan pengguna terbeban," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, pihaknya belum menerima aduan berkaitan kenaikan harga sekeping roti canai dijual pada harga RM4.
Bagaimanapun pihak KPDNHEP telah menggerakkan pegawai dan anggota penguatkuasa menerusi “Op Menu” bagi melakukan pemeriksaan di restoran dan kedai makan di seluruh negeri.
“Operasi ini dijalankan bermula 6 November lalu tertumpu kepada aduan orang awam berlakunya kenaikan harga makanan.
“Menerusi pemeriksaan ini KPDNHEP melakukan pemeriksaan terhadap harga makanan dan minuman serta alat penimbang di restoran yang menjual makanan laut,” ujar Mohd Shahran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tular 'Private Island' Di Langkawi Bakal Dijual Lebih RM9 Juta?

gempak
10/09/2024
10:25 MYT
Tular di Tik Tok video dimuat naik seorang perunding hartanah memaparkan sebuah pulau persendirian yang terletak berdekatan Pulau Langkawi yang ingin dijual sejak Isnin.
Viral

Beli Nasi Lemak Kosong RM5, Chef Zam Kena Bayar ‘Extra’ Untuk Sambal - “Kalau Nak, Tambah Duit Lagi”

gempak
22/08/2024
06:25 MYT
Tular di media sosial apabila personaliti masakan, Chef Zam memuat naik video mengenai ketidakpuasan hatinya setelah terpaksa membayar lebih untuk makanan yang dipesan di sebuah kedai makanan.
Hiburan

Dilabel Penyanyi Lelaki Termahal, Judika Dulu Dibayar RM5.80

gempak
29/07/2024
03:55 MYT
Nama penyanyi Judika memang sangat popular malah lagu-lagu miliknya menjadi kegemaran ramai peminat tidak kira dari Indonesia atau Malaysia.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Hiburan

Kalahkan Rihanna, Justin Bieber Dibayar RM47 Juta Menyanyi Di Pra Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Di Asia

gempak
06/07/2024
13:30 MYT
Pesta mewah menuju perkahwinan Anant Ambani dan Radhika Merchant kembali berlangsung.