,
Laman Utama

Rotan Anak: Rayuan Bekas Suami, Ziana Zain Didengar 15 September Ini

Syafiqah Jalal
01/06/2021
22:51 MYT
Rayuan bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan kerana merotan tangan anak lelakinya akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 15 September ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Shukor Abu Bakar berkata, rayuan itu akan didengar di hadapan Hakim Hasbullah Adam.
Mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan selaku responden dan perayu (Armin Zaharin) memfailkan hujahan masing-masing pada atau sebelum tarikh pendengaran,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.
Sementara itu, peguam Amir Farid Mohd Nawawi yang mewakili Armin Zaharin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Armin Zaharin, 56, memfailkan petisyen rayuan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Januari lepas terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 28 September tahun lepas.
Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya, yang berumur sembilan tahun (ketika kejadian) menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, di sini antara jam 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Februari 2018.
Bapa kepada empat cahaya mata itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Sabreena bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai, namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.
Armin Zaharin ditangkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana, 53, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, membuat laporan polis pada 27 Februari 2018.
Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Armin Zaharin, sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan, berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar