KELUANG MAN
Rosyam Nor Bangga Terlibat Dalam Filem Keluang Man - “Set Penggambaran Keluang Man Antara Yang Paling Hebat Dalam Sejarah Pembikinan Filem Melayu”
Pelakon, Datuk Rosyam Nor melabelkan filem adiwira ikonik negara, Keluang Man sebagai antara naskhah terhebat yang pernah dilakonkan olehnya.
Set penggambaran Keluang Man antara yang paling hebat
Menurut Rosyam, bermula dari watak sehinggalah kepada proses pembikinan dan produksi, kesemuanya diambil kira dengan begitu teliti.Malah Rosyam juga mengakui, set penggambaran Keluang Man yang dibina merupakan antara set paling hebat dalam sejarah pembikinan filem melayu.
“Menjadi sebahagian dalam Keluang Man… Saya rasa inilah filem adiwira pertama yang saya ada di dalamnya.
“Filem ini dibuat oleh generasi yang baharu, pengarah yang baharu, idea yang baharu tetapi diambil daripada naskhah yang lama.
“Kemudian dikembangkan dalam bentuk layar yang besar dan ini menjadi kebanggaan saya dapat bersama-sama dengan mereka.
“Selain itu, Keluang Man juga mempunyai rangkaian pasukan untuk mempromosikan filem ini di seluruh Malaysia,” jelasnya.“Kita tahu bahawa filem ini dibuat begitu teliti dengan bajet yang besar. Keluang Man mempunyai set yang saya rasa antara paling hebat dalam sejarah pembikinan filem melayu.
Rosyam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran trailer filem Keluang Man di GSC Aurum, TRX, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berbesar hati terlibat dengan Keluang Man
Mengulas mengenai Keluang Man, Rosyam berkata dia berbesar hati apabila ditawarkan untuk berlakon dalam filem hebat tersebut.“Saya ingin berterima kasih khasnya kepada Astro Shaw, Anwari Ashraf sebagai penulis skrip dan juga pengarah serta kepada mereka yang bersama sama dengan saya untuk membina satu filem besar ini,” ujarnya.“Kita tengok Keluang Man ini menjadi antara filem yang mana produk produk luar nak bergabung atau berkolaborasi. “Jadi bila saya ditawarkan untuk menjadi sebahagian dalam barisan pelakon Keluang Man, pada saya itu sudah cukup membanggakan.
ARTIKEL BERKAITAN:Muncul Dalam Trailer Keluang Man, Mierul Aiman Jadi Perhatian - “Nampak Sekejap Pun Dah Rasa Karakter Dia Best!”
ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Beri Sokongan Pada Kawan Baik, Tak Sabar Nak Tengok Nas Jadi Keluang Man - “Watak Borhan Memang Kena Dengan Dia”
ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
ARTIKEL BERKAITAN:Ada Yang Pertikai Ketinggian Tak Sama Keluang Man, Nas Muammar Zar Komen - “Saya Sedar, Diri Tak Tinggi Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Dah 10 Bulan Diet, Hanya Ambil Karbohidrat & Protein” - Nas Sanggup Korban Makanan Sedap Demi Keluang Man
Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Peminat setia serta penonton generasi baru juga boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Nantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025.
@astroshawofficial 🔥KELUANG MAN OFFICIAL TRAILER | DI PAWAGAM MULAI 29 MEI 2025🔥 Khas untuk mereka yang tertunggu-tunggu, kami bawakan Official Trailer Filem Keluang Man bagi semua yang dah tak sabar nak tengok!🔥🦇 Keluang Man akan datang di pawagam pada 29 Mei 2025. #KeluangMan #KeluangManFilm #AstroShaw #WONDACoffee #KeluangManWondaCoffee ♬ original sound - Astro Shaw
Must-Watch Video