gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Andy Teh Teruja Kategori Baharu Diperkenalkan - “Mungkin Ada Peluang Untuk Tercalon”
HIBURAN
Umum Konsert 'DiA Misha Omar' Berskala Mega 29 November Ini, Misha Omar; "Walau Saya Tak Pernah Ada ..."
VIRAL
CEO Batu Mengaku Tak Bersalah Lakukan Amang Seksual, Dibenar Ikat Jamin RM6,000
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dituduh Sebagai Penyondol, Rossa Sera Tampil Pertahankan Diri - “Sebelum Terlupa, Bekas Isteri Pertama Suami Pun…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
10/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Sebagai Penyondol, Rossa Sera Tampil Pertahankan Diri - “Sebelum Terlupa, Bekas Isteri Pertama Suami Pun…”
Nama Rossa Sera menjadi bualan hangat netizen selepas isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memetik namanya secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, Rossa enggan terlibat dengan kemelut rumah tangga bekas suaminya itu dan memilih untuk fokus kepada kehidupan baharunya.
Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah menyatakan bahawa keluarga suaminya dan anak-anak tiri menerima kehadirannya dengan baik malah hubungan dengan bekas isteri suami juga berada dalam keadaan harmoni.
“Untuk pengetahuan semua, keluarga sebelah suami dan anak-anak sambung (tiri) sangat baik dengan saya dan tak perlu untuk saya jelaskan, boleh nilai sendiri ya.
“Semoga kehidupan kita baik-baik sahaja, insya-Allah. Sebelum terlupa, bekas isteri pertama suami pun sangat baik dengan saya,” katanya menerusi satu komen di Instagram (IG).
Rossa turut menegaskan dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, malah menyerahkan segala urusan kepada ketentuan Ilahi.
“Insya-Allah saya lebih istiqamah sekarang. Tak perlu balas apa-apa. Biar Allah tentukan segalanya kerana Dia sebaik-baik perancang.” tambahnya.
Terdahulu, Fara menyebut nama Rossa selepas ada individu yang memintanya untuk bertenang dalam menghadapi masalah rumah tangganya itu.
Malah, Fara turut mendakwa mereka memiliki status yang sama kerana sama-sama berkahwin dengan lelaki yang sudah pun mempunyai keluarga.
Sekadar info, April lalu, Shuk didakwa melafaz cerai talak satu terhadap fara menerusi panggilan telefon. Kata Fara, suaminya melafazkan cerai ketika berada di Thailand.
Terdahulu, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera pada 2015 namun bercerai pada 2023. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 5.
Topic Berkaitan
#Shuk Sahar
#Fara Salleh
#Rossa Sera
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement