HIBURAN
Rossa Paling Suka Tart Nanas & Habiskan Masa Bersama Keluarga Waktu Raya - “Lebih Mudah Buat Bbq Sama-Sama”
Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa mengambil kesempatan untuk menghabiskan waktu bersama keluarga ketika hari raya Aidilfitri.
BBQ paling best
Menurut Rossa, aktiviti yang paling digemarinya adalah berkumpul beramai-ramai bersama sanak saudara dan berbual bersama.
“Raya tahun ini sejujurnya tidaklah terlalu beria, saya lebih memilih untuk bersederhana sahaja, jadi saya pulang ke kampung dan beraya bersama keluarga.
“Kadang-kadang saya memang berusaha untuk menghabiskan masa bersama keluarga dengan makan bersama-sama.
“Pada saya, aktiviti paling mudah semasa berkumpul beramai-ramai adalah membuat barbeku, sambil berbual sambil masak bersama-sama,” katanya kepada Gempak.
Rossa berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman Gempak Jam Session Raya bertempat di Sora Studio.
Pengertian raya
Dalam pada itu, Rossa juga mengakui pengertian raya amat bermakna bagi dirinya.
“Pengertian raya bagi saya adalah merayakan kemenangan setelah satu bulan kita menahan hawa nafsu dan menahan lapar.
“Jadi ini adalah perayaan untuk kita bahawa kita sudah berhasil melalui itu semua selain saat untuk berkumpul bersama keluarga,” jelasnya.
Paling suka Tart Nanas
Mengulas mengenai raya, Rossa berkata dia amat menyukai Tart Nanas.
“Kalau ditanya mengenai kuih raya kegemaran saya, sudah tentu Tart Nanas.
“Mengenai baju raya pula saya rasa sangat beruntung kerana kebanyakan kawan-kawan saya adalah pereka fesyen.
“Jadi merekalah yang mengirimkan baju raya untuk saya beraya,” ulasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Rossa Nafi Berlebihan Di Pentas Bersama Jackson Wang - “Itu Hanya Untuk…”
ARTIKEL BERKAITAN:Rossa Bakal Bawa Artis Malaysia Ke Jakarta, Artis Indonesia Ke Kuala Lumpur Untuk Konsert Here I Am - "Saya Mahu Berlaku Adil..."
ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”
ARTIKEL BERKAITAN:Teruja Tonton Filem Biografi Rossa, Siti Nurhaliza Beri Bayangan Bakal Buat ‘Kejutan’ Sempena 30 Tahun Dalam Industri - “Mungkin Dapat Inspirasi, Bahan Semua Dah Kumpul..”
Dalam perkembangan lain, Rossa akan mengadakan konsert berskala besar iaitu ‘Here I Am’ yang bakal berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun 2025.
Lebih teruja, konsert itu turut mengundang penyanyi terkenal Indonesia, Ariel Noah dan beberapa penyanyi tempatan seperti Ernie Zakri dan MK K-Clique.
Must-Watch Video