HIBURAN
Rossa Kagumi Ernie Zakri, Pilih Sendiri Untuk Terbabit Konsert Here I Am
Pesohor seni Indonesia, Rossa tanpa berselindung memberitahu beliau sendiri memilih penyanyi hebat Ernie Zakri dari Malaysia sebagai rakan artis yang muncul di atas pentas gah Konsert Here I Am yang dijadual berlangsung pada 14 Jun 2025 ini.
Pelantun Ayat-Ayat Cinta itu mengaku sangat mengagumi bakat dan vokal luar biasa Ernie selain menyifatkan isteri Syamel tersebut mempunyai potensi karier yang panjang dalam industri hiburan.
“Kemua artis yang saya ajak berkolaborasi dalam Konsert Here I Am di Axieta Arena nanti dipilih sendiri oleh saya.
“Baik MK Clique, pemenang One In A Million, Dilpa Barus, Ariel sehingga Ernie.
Menurut Rossa selain pertama kali bakal berkolaborasi bersama Ernie dan MK Clique, beliau juga berjaya mengajak vokalis Noah, Ariel untuk menemaninya di pentas kelak.“Bercakap tentang Ernie saya sangat mengagumi suaranya. Saya melihat Ernie bakal mempunyai karier yang panjang dalam industri. Jadi tidak sabar untuk berkolaborasi bersama Ernie serta yang lain,”ujar Rossa.
“Kebetulan saya dan Ariel punya sebuah lagu bersama. Dan Ariel juga tidak pernah muncul sendirian di Kuala Lumpur jadi saya ajak dia dan Ariel setuju,”katanya lagi.
Konsert Here I Am sendiri kata Rossa adalah sebagai sebuah apresiasi buat diri sendiri sepanjang pembabitannya bergelut dalam dunia hiburan. Justeru beliau mengajak ramai penyanyi generasi baharu ikut sama terlibat kerana mahu menikmati perjalanan karier yang panjang dan penuh onak duri.
Must-Watch Video