,
Laman Utama

Rosakkan Palang, Awal Ashaari Cadang Kemuka Representasi

Gempak
16/07/2022
05:54 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari bercadang mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan pertuduhan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara, yang dihadapinya.
Perkara itu dimaklumkan peguam Hamizah Sobree yang mewakili selebriti itu dalam sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat.
Menurut peguam tersebut, bagaimanapun pembelaan terlebih dahulu perlu meneliti dokumen yang diserahkan oleh pihak pendakwaan sebelum menghantar representasi.
Sementara itu, sejurus selepas prosiding ketika ditanya sama ada pembelaan akan memohon agar pertuduhan digugurkan, Hamizah berkata, perkara itu tertakluk kepada keseluruhan dokumen yang akan diterima kelak.
Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Ab. Manaff berkata, pihaknya sudah menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pertuduhan kepada mahkamah dan sedang menunggu laporan forensik untuk disiapkan.
Majistret Muhammad Iskandar Zainol kemudian menetapkan 25 Ogos ini untuk satu lagi tarikh sebutan bagi penelitian dokumen.
Mahkamah memaklumkan, pihak pembelaan boleh menghantar representasi jika kesemua dokumen telah diterima.
Pada 17 Mei lalu, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara, April lalu.
Mengikut pertuduhan, Awal didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu sini di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Awal kemudian dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.