,
Laman Utama

Ronan Keating Kembali Berkonsert Di Malaysia Ogos Ini, Tiket Serendah RM158!

Amri Hassan
23/05/2023
13:35 MYT
Penyanyi pop Ireland, Ronan Keating yang popular menerusi lagu “When You Say Nothing At All”, bersedia menghiburkan peminat di Malaysia setelah tiga tahun tidak mengadakan persembahan di sini.
Konsert ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’ anjuran MIC Entertainment Group itu bakal diadakan pada Sabtu, 19 Ogos, pukul 8.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands.
Penonton yang hadir pada malam itu akan dihiburkan dengan lagu-lagu nostalgia dendangan Ronan Keating yang masih digemari hingga kini.
Ronan Keating memulakan kariernya pada awal 90-an sebagai penyanyi utama kumpulan Boyzone, salah sebuah kumpulan yang terkenal pada era tersebut. Lagu-lagu dendangan Boyzone berjaya menguasai carta muzik di peringkat antarabangsa.
Sejak memulakan karier solonya pada 1999, Ronan Keating aktif mengeluarkan lagu baharu dan beliau berjaya menghasilkan 12 album studio sehingga kini. Antara lagu-lagu kegemaran peminat termasuk “If Tomorrow Never Comes”, “Time After Time”, “Life Is A Rollercoaster” dan “This I Promise You”.
Selain itu, Ronan Keating berjaya menempatkan dirinya sebagai pemuzik Ireland yang berpengaruh ditambah pula peranannya sebagai pengurus bersama untuk kumpulan Westlife yang popular di peringkat global. Malah album beliau juga berjaya dijual lebih 20 juta rekod di seluruh dunia, ini tidak termasuk 25 juta rekod dengan Boyzone.
Selama bertahun, Ronan Keating berjaya mencipta nama bukan saja sebagai penyanyi dan penulis lirik tetapi juga sebagai penyiar, penyampai TV, pelakon dan turut terlibat dalam kempen amal kesedaran kanser.
Tiket untuk menonton ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’ berharga RM638 (VIP), RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM238 (PS3) dan RM158 (PS4), boleh dibeli atas talian menerusi Resorts World Genting diwww.rwgenting.com dan ejen jualan tiket BookMyShow di my.bookmyshow.com mulai 30 Mei 2023 jam 12 tengahari. Harga jualan tiket adalah tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan info terkini tentang konsert ini, sila layari Facebook rasmi MIC Entertainment Group di www.facebook.com/MICEntertainmentGroup
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.