,
Laman Utama

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!

Azwa Rahman
27/06/2022
09:13 MYT
Pelakon terkenal Indonesia Raffi Ahmad mengejutkan wargamaya apabila membawa bintang bola sepak terkenal dunia, Ronaldinho datang ke rumahnya.
Bukan sahaja itu, Raffi turut membawa legenda Brazil itu menikmati cendol dan bakso di sebuah gerai popular di Jakarta, Indonesia.
Menerusi laman sosial Instagram, Raffi bersama isterinya Nagita Slavina memuat naik momen bersama Ronaldinho untuk tatapan umum.
“Amazing! Terima kasih banyak Ronaldinho yang sudah datang dan melawat.
“Ronaldinho hadir di sini untuk mengghairahkan bola sepak Indonesia,” tulis Raffi di ruangan kapsyen.
Sementara itu, bekas pemain kelab Barcelona itu turut terkesan dengan keramahan warga Indonesia yang menyambut kehadirannya dengan baik.
“Cukup senang dengan orang-orang di sini, ramah-ramah,” kata Ronaldinho.
Tiba di Jakarta, Indonesia pada Jumaat minggu lalu, kehadiran Ronaldinho bersempena untuk memeriahkan kejuaraan yang disertai oleh pasukan RANS Nusantara FC milik Raffi di dalam liga mini bola sepak negara itu.
Selain hadir sebagai lawatan, Ronaldinho turut menunjukkan kemahiran bermain bolanya selama 30 minit berlawan dengan kelab Persik Kendiri.
Sumber: Detik & Instagram Raffi Ahmad
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nagita Slavina Menangis Tinggal Anak 17 Hari Untuk Ke Tanah Suci

gempak
09/06/2024
11:55 MYT
Isteri kepada hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad, Nagita Slavina menangis gara-gara perlu berjauhan bersama anaknya selama 17 hari bagi menunaikan ibadah haji ke tanah suci.
Hiburan

Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji

gempak
08/06/2024
14:52 MYT
Raffi Ahmad bersama isteri, Nagita Slavina dan beberapa ahli keluarga kini dalam perjalanan menuju Mekah untuk mengerjakan haji.
Hiburan

Raffi Ahmad Mengaku Pernah Minum Air Kaki Basuhan Ibu: “Saya Dapat Semula…”

gempak
18/04/2024
23:28 MYT
Hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dikenali sebagai salah seorang pelaku seni Indonesia paling sukses pada masa kini.
Hiburan

Raffi Ahmad Minta Bukti Terbabit Penggubahan Wang Haram Kerana Terlalu Kaya

gempak
03/02/2024
06:31 MYT
Nama selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad sedang hangat menjadi bualan selepas didakwa terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.
Laman Utama

Raffi Ahmad Ditahan Imigresen Kerana Bawa Terlalu Banyak Wang Tunai

gempak
09/11/2023
15:00 MYT
Raffi Ahmad menceritakan pengalamannya ‘tersangkut’ di imigresen